Bahasa

RoS tidak boleh bertindak di luar batas kuasanya, kata Gobind Singh

December 18, 2013

RoS tiada hak menafikan calon CEC DAP, kata Pengerusi Biro Undang-undang DAP, Gobind Singh Deo. Gambar fail.RoS tiada hak menafikan calon CEC DAP, kata Pengerusi Biro Undang-undang DAP, Gobind Singh Deo. Gambar fail.Pendaftar Pertubuhan (RoS) tidak boleh bertindak di luar batasan kuasa mereka untuk menyekat pemimpin DAP yang baru dipilih daripada menjalankan tugas mereka.

Sehubungan itu, Pengerusi Biro Undang-undang DAP, Gobind Singh Deo mendesak RoS memberikan undang-undang yang digunakan oleh mereka untuk berbuat demikian.

Sebelum ini, RoS membuat aduan bahawa pengundian semula DAP tidak sah berikutan laporan yang dihantar ke RoS tidak lengkap.

"Laporan RoS yang kami hantar untuk pengundian semula adalah sama dengan tahun-tahun lalu yang selalunya diterima ROS

"Jadi tiada sebab mengapa RoS harus mengatakan yang laporan itu kurang lengkap," katanya.

Beliau berkata, pihaknya perlu tahu undang-undang yang diguna pakai oleh RoS untuk menafikan calon Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).

"Ini memberikan kesan yang terlampau kepada DAP,” katanya.

Beliau juga menggesa RoS memberi laporan penuh tentang aduan mereka terhadap DAP.

"Jika RoS gagal berbuat demikian, mereka tiada hak untuk bertindak terhadap DAP," katanya.

Beliau memberi amaran kepada RoS agar bertindak dengan cepat bagi mengelak DAP mengambil  tindakan undang-undang terhadap mereka. – 18 Disember, 2013.

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Comments

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi