Bahasa

RTM lancarkan TV bergerak, sasarkan golongan muda

Oleh Jahabar Sadiq
Editor

April 18, 2012

KUALA LUMPUR, 18 April — Saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM) kini boleh didapati di televisyen bergerak sebagai penyiar rasmi kerajaan dengan mensasarkan penonton dari kalangan generasi muda.

Golongan ini dipercayai adalah penonton yang mengabaikan berita pro-kerajaan dan memilih televisyen berbayar atau video dalam talian, dengan alasan wujudnya rasa tidak puas hati dengan Putrajaya.

Kerajaan Barisan Nasional (BN) berhabis-habisan untuk memenangi semua demografi pengundi terutamanya pengundi baru, melalui pelbagai program dan aktiviti.

Screenshot yang diambil dari RTM Mobile.Screenshot yang diambil dari RTM Mobile.The Malaysian Insider difahamkan strategi dalam talian akan menjadi teras utama bagi memastikan keputusan pilihan raya umum ke-13 akan terus memihak kepada gabungan pemerintah itu.

Pilihan raya umum ke-13 dijangka akan diadakan pada tahun ini.

Terdapat banyak laman web pro-kerajaan diwujudkan sejak enam bulan lalu untuk membantu pentadbiran Najib terutamanya agenda transformasi dalam kerajaan dan ekonomi.

Bagaimanapun, tiada satu pun laman web itu dikaitkan dengan kerajaan, tidak seperti RTM Mobile yang dilancarkan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim hari ini.

“RTM meletakkan empat saluran televisyen dan sembilan stesen radio di RTM Mobile, ia boleh memudahkan mereka yang jarang berada di rumah mendapat maklumat,” kata sumber kepada The Malaysian Insider.

Saluran televisyen dan stesen radio akan disiarkan melalui perkhidmatan yang menggunakan rangkaian penyampaian kandungan tempatan (CDN) atau alat yang boleh akses data bergerak di alamat laman web di sini.

“RTM Mobile boleh dilayari ribuan pengguna serentak namun ia bergantung kepada keupayaan rangkaian,” tambah sumber itu.

Menurut laman web RTM Mobile, mekanisme yang perlu ada untuk menggunakan web pelayar adalah HTML4 dan HTML5, Adobe Flash Players.

Sistem lain yang berupaya untuk akses RTM Mobile adalah mereka yang menggunakan sistem pengendalian dari Blackberry, iOS, Window Mobile, Symbian OS dan Android.

“Ingat, media transmisi memerlukan banyak penggunaan jalur lebar. Sebagai contoh, menonton saluran kami selama sejam dan ia menggunakan sekitar 88 megabytes untuk pengguna jalur lebar,” RTM Mobile nasihatkan.

“Ia amat baik sekiranya menggunakan sambungan Internet Wifi.”

RTM Mobile dicadangkan sebagai tambahan saluran televisyen yang berkeupayaan 200kbps dan radio di 96kbps.

Usaha RTM merupakan langkah besar dalam aliran elektronik untuk menyebarkan mesej kerajaan.

Pada Disember lalu, Datuk Seri Najib Razak melancarkan satelit perkhidmatan percuma melalui televisyen berbayar Astro, satu perkhidmatan yang mengambil masa 19 bulan selepas perdana menteri berjanji.

Pengundi Sibu pada Mei 2010, dan dilihat sebagai satu kaedah untuk Putrajaya menolak pendapat kepada mereka tanpa akses untuk dikendalikan stesen televisyen negeri dan pro-kerajaan.

Perdana menteri sebelum ini berjanji semasa kempen pilihan raya kecil Sibu, kira-kira 200,000 rakyat di Sabah dan Sarawak akan menikmati kemudahan televisyen melalui satelit dari Ogos 2010 tetapi bulan-bulan yang seterusnya mengalami perubahan konsep ke arah perkhidmatan 1Malaysia.

Terdapat 6.6 juta isi rumah dalam negara dan Astro memperoleh tiga juta pelanggan, selepas beberapa tahun mencuba untuk memperluaskan pengaruhnya di kalangan orang Melayu dan di luar bandar.

Perkhidmatan Astro kini menawarkan 150 saluran dan ia mempunyai saluran B.yond yang berdifinisi tinggi selain IPTV.

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Comments

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi