Bahasa

Rumah Idaman PKNS diperkenalkan pada harga mampu milik

Projek Rumah Berkembar Bukit Botak, Selayang, yang dijangka siap sepenuhnya pada bulan Mac ini. Projek Rumah Berkembar Bukit Botak, Selayang, yang dijangka siap sepenuhnya pada bulan Mac ini. KUALA LUMPUR, 29 Mac — Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), anak syarikat kerajaan negeri Selangor memperkenalkan Rumah Idaman PKNS yang mampu dimiliki  pada harga berpatutan tidak melebihi RM150,000, lebih rendah daripada harga pasaran.

Bertemakan konsep Kehidupan Aman Selesa Indah (dan) Harmoni (KASIH PKNS), projek Rumah Idaman PKNS memberi penekanan kepada persekitaran lestari dan holistik untuk isi rumah.

Sebanyak 31,000 unit rumah mampu milik mengikut fasa dijangka siap menjelang tahun 2030 manakala 11,000 unit lagi akan dibina menjelang  2020 dan 20,000 unit lagi sehingga tahun 2030.

Mockup projek Rumah Idaman PKNS dan Debbin Sdn Bhd.Mockup projek Rumah Idaman PKNS dan Debbin Sdn Bhd.Rumah Idaman PKNS akan dibina di seluruh negeri Selangor termasuklah di Bandar Baru Bangi, Antara Gapi, Kota Puteri, Gombak,  Seksyen U12, Taman Sains Selangor II dan Bandar Sultan Suleiman.

Rumah Idaman PKNS adalah projek mesra pengguna, menyediakan kemudahan untuk golongan orang kelainan upaya  (OKU) dan warga emas bagi memudahkan pergerakan mereka dengan rekabentuk yang mengambil kira ciri-ciri OKU.

Pelbagai kemudahan lain turut disediakan antaranya seperti surau, dewan komuniti, pusat tuisyen, tadika, bilik bacaan dan kawasan lapang dan rekreasi yang melebihi piawaian yang ditetapkan (20% disediakan berbanding 10% yang diperlukan) serta disusun secara berdekatan tanpa perlu melangkah jauh.

Bagi projek pangsapuri Rumah Idaman PKNS, ianya dilengkapi dengan lif.

Di samping itu, kawasan lapang yang luas turut disediakan di tengah-tengah kawasan kediaman bagi tujuan rekreasi dan kemasyarakatan untuk bakal penghuni.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (tiga dari kanan) melihat mockup Projek Rumah Idaman PKNS dan Debbin Sdn Bhd, selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah projek itu.Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (tiga dari kanan) melihat mockup Projek Rumah Idaman PKNS dan Debbin Sdn Bhd, selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah projek itu.Fasa awal Rumah Idaman PKNS dijangka siap sepenuhnya pada Mac 2013 di Bukit Botak sebanyak 1,422 unit kediaman berkembar.

Unit standard bagi rumah berkembar ini ditawarkan pada harga RM99,000 dengan rekabentuk moden serta keluasan lantai 850 kps  dan dilengkapi 3 bilik tidur serta 2 bilik air.

Timbalan Pengurus Besar Teknikal PKNS, Abdul Ghani Hashim.Timbalan Pengurus Besar Teknikal PKNS, Abdul Ghani Hashim.Fasa kedua Rumah Idaman PKNS, Pangsapuri 6 tingkat di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi pula dijangka siap pada Jun 2013 dan  menerima Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC).

Sebanyak 124 unit dibina dan mula dibangunkan pada tahun 2011 dengan keluasan di antara 700 hingga 800 kaki persegi (kps) dengan rekabentuk berbeza yang mempunyai 2 atau 3 bilik tidur serta 2 bilik air.

Ia dijual pada harga di antara 60,000 hingga RM144,000 bergantung kepada keluasan lantai unit.

Seterusnya ialah Rumah Idaman di Antara Gapi, projek rumah teres 1 ½ tingkat yang menempatkan 129 unit dengan harga seunit antara RM100,000 – RM120,000.

Projek Antara Gapi dijangka siap pada Disember 2014.

Peringkat terakhir projek Rumah Idaman PKNS ialah di di Desa Alam, Seksyen U12 Shah Alam. Sebanyak 104 unit pangsapuri dengan keluasan lantai antara 750 hingga 850 kaki persegi telah ditawarkan.

Projek ini ditawarkan pada harga RM69,000 hingga RM120,000 sebuah dan juga dijangka siap pada Disember 2014.

PKNS menjangkakan lebih RM1.1 bilion subsidi akan dibelanjakan bagi tujuan Rumah Idaman PKNS ini.

Tan Sri Abdul Khalid (kiri) mendengar penerangan daripada Timbalan Pengurus Besar Teknikal PKNS, Abdul Ghani Hashim (dua dari kiri) , mengenai Projek Rumah Mampu Milik Idaman PKNS Antara Gapi.Tan Sri Abdul Khalid (kiri) mendengar penerangan daripada Timbalan Pengurus Besar Teknikal PKNS, Abdul Ghani Hashim (dua dari kiri) , mengenai Projek Rumah Mampu Milik Idaman PKNS Antara Gapi.PKNS merasakan ini adalah salah satu tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan berkongsi keuntungan yang diperolehi  daripada pembinaan projek kos tinggi kepada rakyat.

Syarat-syarat pemilikan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS) adalah seperti berikut :

i. Warganegara Malaysia

ii. Berumur 18 tahun ke atas

iii. Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM5,000.00 sebulan

iv. Pemohon (suami/isteri) tidak mempunyai sebarang jenis rumah kediaman di Selangor

v. Berdaftar di Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor

vi. Pemohon yang telah memiliki Rumah Kos Rendah selama lima (5) tahun ke atas boleh memohon Rumah Mampu Milik sebagai rumah kedua tetapi tertakluk kepada syarat had kelayakan pendapatan pembelian Rumah Mampu Milik.

vii. Pemohon bujang yang mempunyai tanggungan keluarga boleh memohon Rumah Mampu Milik.

viii. Pembelian Rumah

Comments

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.