Bahasa

Sabah, Sarawak mahu PRU Ke-13 selepas Kaamatan, Gawai

KUALA LUMPUR, 20 Mac — Beberapa pemimpin masyarakat dan ahli politik di Sabah dan Sarawak lebih suka jika pilihan raya umum ke-13 diadakan selepas perayaan Kaamatan dan Gawai yang akan jatuh pada 30-31 Mei dan 1 Jun.

Di petik Bernama Online, Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata adalah lebih baik jika PRU diadakan selepas perayaan itu.

Beliau menambah, “Jika Sarawak dianggap simpanan tetap Barisan Nasional, janganlah adakan pilihan raya ketika itu kerana ramai yang mungkin tidak dapat mengundi.

Tetapi Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri Dr James Masing berkata mengadakan pilihan raya ketika sambutan Gawai tidak akan menjejaskan perayaan itu.

“Sekiranya pilihan raya diadakan jauh kemudian, kesannya sudah hilang kerana kesan BR1M hanya mempunyai jangka hayat tiga bulan saja.

Masing, yang juga Menteri Pembangunan Tanah Sarawak berkata daripada segi sosial, mengadakan pilihan raya semasa perayaan Gawai tidak menjadi masalah kerana pengundian hanya melibatkan satu hari sahaja.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee, yang berasal dari Sabah, berkata pemilihan tarikh pilihan raya umum tidak sepatutnya menjadi isu

Beliau menambah, “Terserahlah kepada Perdana Menteri bilakah beliau hendak mengadakan pilihan raya.

Bagaimanapun, Kiandee berkata beliau yakin Perdana Menteri akan memilih masa paling sesuai untuk mengadakannya.

Comments

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.