Bahasa

Saida, kakak Siti Nurhaliza sah cerai talak satu

KUALA LUMPUR, 7 Okt — Penyanyi Saida Taruddin, yang juga kakak kepada penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza, sah bercerai dengan suaminya, Mohd. Ghazali Yahya Zikri dengan lafaz talak satu secara khuluk (tebus talak) di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini.

Hakim Syarie, Suhaily Rosli memerintahkan badan hakim yang dilantik oleh mahkamah untuk menyelesaikan konflik rumah tangga itu untuk mengendalikan proses lafaz cerai setelah Mohd. Ghazali enggan untuk menceraikan isterinya.

Laporan Utusan Online menyebut, lafaz cerai talak satu tersebut terhadap Saida dilakukan oleh seorang pegawai mahkamah selaku wakil hakam bagi pihak Mohd. Ghazali.

 

Comments

Please note that you must sign up with disqus.com before commenting. And, please refrain from comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature and note that comments can be edited, rewritten for clarity or to avoid questionable issues. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments