Bahasa

Sambutan Tahun Baru Cina Han Chiang meningkatkan peluang BN, kata sumber

Oleh Jahabar Sadiq
Pengarang

February 03, 2013

Sumber BN mengatakan telah berlaku 'angin perubahan untuk pengundi Cina' sejak dua tahun lalu. – Gambar Reuters Sumber BN mengatakan telah berlaku 'angin perubahan untuk pengundi Cina' sejak dua tahun lalu. – Gambar Reuters

KUALA LUMPUR, 3 Feb – Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang yakin memenangi 18 kerusi dan mensasarkan lima lagi kerusi dalam Pilihan Raya 2013, dengan sumber mengatakan sambutan Tahun Baru Cina di Sekolah Han Chiang meningkatkan peluang mereka untuk merampas negeri tersebut.

Padang sekolah Han Chiang adalah tempat perhimpunan terbesar DAP dan sekutunya semasa kempen Pilihan Raya 2008 dan dilihat sebagai tanah keramat tetapi sumber BN mengatakan telah berlaku “angin perubahan untuk pengundi Cina” sejak dua tahun lalu.

“Fakta tentang rumah terbuka Tahun Baru Cina 1Malaysia Pulau Pinang dilakukan di Han Chiang juga menandakan peningkatan kekuatan Barisan Nasional di Pulau Pinang dan kini merupakan pencabar yang serius.

“Pihak yang menjadi sekutu rapat dengan Pakatan Rakyat dan DAP seperti individu berpengaruh di sebalik Han Chiang kini beralih kepada BN merasakan masyarakat Cina di bawah, terutama sekali di Pulau Pinang telah beralih ke ahli politik dinamik baru yang diketuai oleh Teng Chang Yeow,” sumber BN Pulau Pinang memberitahu The Malaysian Insider, merujuk kepada ketua gabungan negeri tersebut.

The Malaysian Insider difahamkan beberapa tinjauan dilakukan oleh BN menunjukkan gabungan tersebut kukuh di 18 dari 40 kerusi dengan lima kerusi lagi mempunyai peluang sama rata diantara BN atau kerajaan Pakatan Rakyat (PR) sekarang.

“Jadi negeri tersebut berpeluang untuk dimenangi dan memberikan isyarat angin perubahan dan perubahan pendirian Han Chiang,” sumber tersebut menambah.

The Malaysian Insider juga difahamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan menghabiskan masa dua hari pertama Tahun Baru Cina di Pulau Pinang, negeri pembuatan utama dan hab pelancongan yang kini ditadbir oleh PR.

Sambutan Tahun Baru Cina BN Pulau Pinang akan menampilkan penyanyi rap sensasi Korea Selatan Psy, yang menjadi fenomena dunia dengan lagunya “Oppa Gangnam Style”.

Lagu yang mula dikeluarkan di laman perkongsian video YouTube pada bulan Julai 2012, memecahkan rekod dunia dengan 1.29 bilion muat turun. Pemimpin-pemimpin dunia seperti Presiden Amerika Syarikat Barack Obama untuk Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu Ban Ki-Moon telah mengikuti tarian gaya kuda penyanyi tersebut.

Akan tetapi sumber BN Pulau Pinang berkata tempat sambutan mempunyai kepentingan lebih besar daripada penampilan Psy, atau Park Jae-Sang.

“Han Chiang telah menjadi kubu kuat Pakatan Rakyat dan DAP untuk mencari dana dan perhimpunan dan terkenal untuk perhimpunan 2008 pemangkin yang menyebabkan gelombang pengundi Cina untuk bersama Pakatan Rakyat dan DAP,” kata sumber yang lain.

Beliau menegaskan bahawa Tan Sri Tan Kok Ping, tokoh utama belakang sekolah Han Chiang, dilihat sebagai sekutu rapat Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan telah membenarkan PR mengutip dana di kawasan sekolah.

“Hakikat bahawa Najib menghabiskan dua hari pada hari pertama dan kedua Tahun Baru Cina di Pulau Pinang menghantar mesej yang kuat kepada orang Cina bahawa beliau serius menjadi Perdana Menteri dengan hati dan minda orang Cina.

“Ia juga bertuah kerana hari pertama sambutan Tahun Baru Cina,” tambah beliau.

Sambutan Tahun Baru BN Pulau Pinang dilihat sebagai dorongan utama untuk undi menjelang Pilihan Raya 2013, yang mesti diadakan pada Jun ini.

Kerajaan Pulau Pinang telah mengatakan mereka akan membubarkan dewan undangan negeri seretak dengan kerajaan pusat selepas Najib membuat keputusan. Mandat kerajaan Pakatan Rakyat (PR) tamat pada 2 Mei, empat hari selepas mandat BN di pusat tamat.

Najib memberi isyarat pilihan raya semakin hampir dengan Umno mengarahkan bilik operasi di seluruh negara dibuka semalam.

Lebih kurang 13.3 juta pengundi berdaftar akan mengundi dalam pilihan raya akan datang, 222 kerusi parlimen dan 505 kerusi Dun dipertandingkan dalam 12 negeri dan tiga wilayah persekutuan. Sarawak telah menjalankan pilihan raya negerinya tahun lalu.

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Comments

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi