Bahasa

Samy Vellu dahului senarai penerima pingat sempena Hari Wilayah Persekutuan

PUTRAJAYA, 1 Feb — Duta Khas ke India dan Asia Selatan Datuk Seri S. Samy Vellu mendahului senarai 283 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena Hari Wilayah Persekutuan hari ini.

Beliau dikurniakan Darjah Seri Utama Mahkota Wilayah (SUMW) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama.

Turut menerima darjah sama ialah Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Kuala Lumpur dan Selangor Tan Sri Cheng Heng Jem dan Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

Samy Vellu dikurniakan Darjah Seri Utama Mahkota Wilayah yang membawa gelaran Datuk Seri Utama.Samy Vellu dikurniakan Darjah Seri Utama Mahkota Wilayah yang membawa gelaran Datuk Seri Utama.Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar yang dikurniakan SUMW tahun lepas, tetapi tidak dapat hadir, turut menerima anugerah itu kali ini.

Lapan penerima Darjah Seri Mahkota Wilayah (SMW) yang membawa gelaran Datuk Seri pula ialah Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shukry Mohd Salleh, Ketua Setiausaha Kementerian

Pengangkutan Datuk Seri Long See Wool, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib dan bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ruslin Hasan.

Penerima lain ialah Pegawai Khas kepada Perdana Menteri Datuk Seri Siti Azizah Sheikh Abod, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad Datuk Seri Azman Mohd, Pengarah Eksekutif Weststar Group of Companies Datuk Seri Syed Azlan Syed Ibrahim dan Setiausaha Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.

Seramai 41 penerima dianugerah Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk.

Mereka ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Noriah Hashim, Setiausaha Bahagian (Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan) Jabatan Perdana Menteri

(JPM) Datuk Zaini Arshad dan Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Harjeet Singh, Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi) Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Che Azemi Haron dan Pengarah (Bahagian Saraan)Jabatan Perkhidmatan Awam Raja Datuk Noor Zaedah Raja Ahmad.

Timbalan Ketua Pengarah Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia JPM Datuk Dr Mazlan Yusoff, Timbalan Ketua Pengarah (Pelaksanaan Projek dan Penyenggaraan) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Datuk Mohd Najib Mohd, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan dan Kewangan) JPM Datuk Hasnah Saleh, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pelajaran Datuk Abd Shukor Ibrahim, Ketua Eksekutif Matrade Datuk Dr Wong Lai Sum.

Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Dr Marzuki Mohamad, Pakar Perunding Kanan Bedah Mulut dan Maxillofacial Datuk Dr Mohd Noor Awang, Pengerusi Pantai Holdings Berhad Datuk Khairil Anuar Abdullah, Pengerusi Asnur Sdn Bhd Datuk Abu Samah Bachik, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Engen Limited Datuk Ahmad Nizam Salleh.

Pengarah Sutra Dance Theatre (M) Sdn Bhd Datuk Ramli Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif DMIA (M) Sdn Bhd Datuk S. Subramaniam Pillai, Pengarah Urusan British American Tobacco (M) Berhad Datuk Toh Ah Wah, Pengarah Syarikat Suez Domain Sendirian Berhad Datuk Yasran Hussain, Pengarah Urusan Capital Intelligence Advisors Sdn Bhd Datuk Zaiton Mohd Hassan.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif The ICLIF Leadership & Governance Centre Datuk John Louis Rishad Zinkin, Pengarah Penerbitan Sahabat (M) Sdn Bhd (Malaysia Nanban) Datuk Shafee Zaman Sikandar Batcha, Naib Presiden Eksekutif SP Setia Berhad Datuk Ong Kek Seng, Ketua Pegawai Perolehan Telekom Malaysia Berhad Datuk Gazali Harun, Pengurus Perhubungan Korporat Boustead Holdings Bhd Datuk Rusdi Mustapha.

Ahli Jawatankuasa Eksekutif Malaysian South-South Association Datuk Loi Choke Hung @ Looi Cheok Hun, Presiden Malaysia Hindu Sangam Datuk S. Mohan, Presiden Parti Barisan Kemajuan India Se-Malaysia (IPF) Datuk K. Panjamurti, Ketua MIC Bahagian Segambut Datuk V. Rajoo, Timbalan Ketua Umno Seputeh Datuk A. Rahim Aman.

Timbalan Ketua Umno Bukit Bintang Datuk Zainal Abidin Mohd Rafique, Ketua Bahagian MCA Labuan Datuk Chin Hong Vui, Timbalan Bendahari MCA Wilayah Persekutuan Datuk Tey Kock Yew, Setiausaha Bahagian, Ibu Pejabat Umno Datuk Jamaludin Abdul Aziz, Penolong Setiausaha Agung Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk Simon Suresh Sabapathy.

Presiden Persatuan Penduduk Bukit Bandar Raya Datuk Mumtaz Ali M.Abdul Kareem, Pengerusi Badan Gabungan Persatuan Penduduk Datuk Yusri Ahmad, Bendahari Kebangsaan Hartanah dan Perumahan Datuk Tong Nguen Khoong, Duta Sihat 1 Malaysia Datuk Aznil Nawawi, Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Labuan Datuk Sulaiman Ibrahim dan Timbalan Presiden Ketua Perkhidmatan Kewangan Komuniti Malayan Banking Berhad Datuk Lim Hong Tat.

Seramai 28 penerima dianugerah Johan Mahkota Wilayah (JMW), 45 penerima Kesatria Mahkota Wilayah (KMW), 73 penerima Ahli Mahkota Wilayah (AMW) dan 85 penerima Pingat Pangkuan Mahkota Wilayah (PPW).

Antara penerima AMW ialah Editor Kanan (Streets) New Straits Times Chan Cheng Tuan, Ketua Meja Sentral The China Press Berhad Chat Mee Eang, Ketua Pengarang Tamil Nesan Sdn Bhd K. Padmanabhan, Ketua Pengarang Penerbitan Sahabat (M) Sdn Bhd M. Maryanandy, Ketua Pengarang Makkal Osai Sdn Bhd M. Rajintheram dan Ketua Pengarang Berita, Harian Metro Tuan Mohamad Asri Tuan Hussein.

Antara penerima PPW ialah wartawan New Sabah Times Jainudin Djimin dan wartawan Sinar Harian Nur Hidayah Hairom.

Istiadat penganugerahan darjah kebesaran, bintang dan pingat akan disempurnakan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di Istana Negara pagi ini. — Bernama

 

Comments

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.