Bahasa

Saya letak jawatan dalam BN demi kepentingan rakyat, kata Lajim

TERKINI @ 07:31:40 AM 30-07-2012

Oleh Ida Lim
July 30, 2012

KUALA LUMPUR, 29 Julai — Ahli Parlimen Beaufort dari Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Lajim Ukin malam ini mengatakan beliau meletak jawatannya dalam BN untuk kepentingan rakyat.

Beliau melancarkan pergerakan politik yang mesra Pakatan Rakyat (PR), iaitu Pakatan Perubahan Sabah yang akan bertanding 17 kerusi Parlimen di Sabah.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) juga berucap dalam pelancaran pergerakan parti itu di Beaufort yang dihadiri kira-kira 4,000 hingga 5,000 orang, kata Naib Presiden PKR Chua Tian Chang kepada The Malaysian Insider.

Lajim semalam berkata dia melepaskan jawatan dari ahli majlis tertinggi Umno, ketua bahagian Umno Beaufort dan pengerusi BN Beaufort,tetapi beliau telah mengekalkan keahlian Umno dan jawatannya sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Bicara web

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi