Bahasa

Sebahagian jambatan kedua P. Pinang runtuh

June 06, 2013
Latest Update: June 07, 2013 07:42 am

Sebahagian dari Jambatan Kedua Pulau Pinang yang runtuh. — Gambar oleh K.E. OoiSebahagian dari Jambatan Kedua Pulau Pinang yang runtuh. — Gambar oleh K.E. Ooi

Jurucakap Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) berkata runtuhan itu bagaimanapun tidak melibatkan struktur pembinaan.

Beliau berkata runtuhan cuma berlaku di bahagian tanjakan konkrit serta besi penyambung Pakej 3A, iaitu penyambung jalan susur keluar dari jambatan ke lebuh raya sebelah pulau.

Projek itu, katanya, diurus kontraktor Cergas Murni Sdn Bhd dan syarikat berkenaan memiliki rekod baik dalam kerja pembinaan jambatan sebelum kejadian.

"Runtuhan berlaku di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu berhampiran Batu Maung, punca runtuhan masih disiasat dan JKSB akan memberi kenyataan rasmi berhubung kejadian itu esok," katanya ketika dihubungi Bernama.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang Azmi Tamat berkata operasi menyelamat sedang dijalankan, dan pihaknya menerima maklumat terdapat kenderaan persendirian yang dihempap runtuhan palang besi itu.

Beliau berkata sejumlah 65 anggota bomba dari Balai Bayan Baru, Balai Jalan Perak dan Balai Balik Pulau dikejar ke tempat kejadian bagi memastikan terdapat mangsa yang terperangkap atau sebaliknya.

"Setakat ini, kita menggunakan tiga kren dari pihak syarikat pembinaan untuk membantu mengalihkan runtuhan konkrit dan besi itu," katanya.

Sementara itu, seorang saksi Zilali Mohamad, 30, berkata beliau melihat sebuah motosikal dan kereta Proton Waja melalui jalan berkenaan sebelum terdengar bunyi gegaran dan tanjakan terbabit jatuh menghempap kedua-dua kenderaan. "Saya tak pasti sama ada orang terselamat atau tidak, dan kejadian berlaku secara tiba-tiba," katanya. — Bernama



The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Comments

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi