Bahasa

Selepas video UUM tersebar, pemimpin Umno cuba meredakan keadaan

January 15, 2013

Video sesi forum di UUM di mana jurucakap pro-Bn telah menyerang seorang mahasiswa.Video sesi forum di UUM di mana jurucakap pro-Bn telah menyerang seorang mahasiswa.KUALA LUMPUR, 15 Jan — Sebuah video dimana seorang jurucakap pro Barisan Nasional (BN) menyerang seorang mahasiswi secara terbuka dalam sebuah forum tersebar luas di internet sehingga memaksa kedua-dua timbalan menteri dan ketua pemuda Umno untuk menenangkan keadaan bagi memastikan ianya memberi kesan kepada gabungan pemerintah tersebut menjelang pilihan raya 2013.

Pembicara tersebut dikenali sebagai Sharifah Zohra Jabeen presiden sebuah pertubuhan tidak pernah didengari dikenali sebagai Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) yang dilihat rapat dengan BN, dilihat didalam video mencaci seorang mahasiswi yang bangkit menyatakan pendiriannya mengenai perhimpunan aman anjuran Bersih 2.0 dan pehimpunan menuntut pendidikan percuma – dengan mengeluarkan kenyataam “bila dalam program kami, kami benarkan anda bercakap” dan “apabila saya bercakap, anda dengar.”

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah menulis di Twitter semalam nombor telefon peribadinya dengan mesej meminta pelajar tersebut dikenali sebagai Bawani K.S untuk menghubunginya, selepas seorang pengguna Twitter memberitahu Bawani mempunyai akaun Twitter.

Beberapa jam kemudian, Saiffudin menulis di Twitter, “Baru lepas bercakap dengan Bawani dalam telefon. Beliau dalam keadaan sangat bersemangat.”

Komen Bawani mengenai isu tersebut masih lagi belum diketahui. Akaun Twitternya tidak dapat diakses kerana hanya eksklusif kepada pengikutnya di laman sosial tersebut sahaja.

Walau bagaimanapun, perkara itu tidak berakhir apabila pengguna Twitter lain mempersoalkan timbalan menteri itu dengan soalan tentang pandangan beliau mengenai perdebatan berat sebelah antara Sharifah dengan Bawani.

“Patutny benarkn Bawani habis brcakap,lps tu jawab dgn bijaksana,” kata Saifuddin kepada pengguna Twitter, @Mr_Nurislam.

Rakan Umnonya Khairy Jamaluddin juga menggunakan Twitter untuk menjarakkan diri BN dengan Sharifah selepas video tersebut tersebar luas sehingga ada yang memulakan hashtag “SharifahZohra dan #listen.

“Dan tentang isu UUM. Tolong dengar (#listen) saya: wanita Jabeen ini TIDAK mewakili BN. Sekian,” tulis ketua pemuda Umno itu di Twitter melalui akaunnya @Khairykj.

Beliau menambah, “Siapa2 pun boleh salah guna 1Msia. Takde siapa dlm BN yg kenal Sharipah Jabeen ni,” menjawab seorang pengguna Twitter yang mempersoalkan tentang butang 1Malaysia digunakan Sharifah. 

Percubaan Khairy untuk mengawal keadaan diperlekehkan oleh sesetengah pengguna internet seperti Don Iznan yang menulis di Twitter: “dengan menggatakan #SharifahZohra tidak mewakili BN, KJ sebenarnya bermaksud sharifah dari Umno. Tengok? Hahaha.”

Forum “Seiringkah mahasiswa dan politik? Diadakan di Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah pada 8 Disember, akan tetapi heboh selepas video tersebut dimasukkan di Youtube minggu lalu.

Klip selama 24 minit itu memaparkan seorang ahli panelnya Sharifah Zohra Jabeen menegur Bawani, yang bangun bercakap di forum itu, membangkitkan kepada penganjur forum apa yang dia percaya pembentangan mereka yang tidak betul mengenai Bersih dan penerajunya, Datuk S Ambiga dan Datuk A Samad Said.

Bawani juga menegaskan sejumlah negara mampu menawarkan pendidikan percuma sehingga ke peringkat universiti dan bertanya mengapa Malaysia tidak boleh berbuat demikian, diikuti dengan tepukan penonton.

Ketika Bawani sedang bercakap, Sharifah turun dari pentas dan berdiri di depannya.

Bawani tidak memperdulikan tindakan Sharifah itu dan terus bercakap.

Sharifah kemudian berkata “dengar” kira-kira 10 kali sebelum bertindak mengambil mikrofon, sambil menghulurkan tangannya bersalam dengan Bawani dan mengucapkan terima kasih kepadanya.

“Nombor satu, ini adalah program kami dan kami dibenarkan untuk bercakap. Nombor dua, apabila saya bercakap, (anda) dengar,” kata Sharifah kepada Bawani.

 

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Comments

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi