Bahasa

Sembilan NGO protes di luar SUK

TERKINI @ 07:58:43 PM 11-07-2012

Oleh Lisa J. Ariffin
July 11, 2012

Beberapa penunjuk perasaan mengadakan bantahan di luar bangunan SUK Selangor di Shah Alam, 11 Julai, 2012. – Foto oleh Lisa J. AriffinSHAH ALAM, 11 Julai — Sembilan NGO berhimpun di Dataran Shah Alam sebagai protes terhadap isu Universiti Selangor (Unisel), Perbadanan Kemajuan Negeri Selansor (PKNS) dan kedudukan kewangan Yayasan Selangor.

Sambil mengibarkan bendera dan sepanduk, 200 individu termasuk pelajar Unisel, NGO seperti Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (Tibai) dan Waris Malaya dijangka akan berarak ke bangunan sekretariat kerajaan negeri (SUK) untuk menghantar memorandum kepada menteri besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Hidup rakyat, hancur Pakatan, undur Pakatan" laung kumpulan tersebut sebelum memulakan perarakan.

Dalam memorandum yang diberi kepada The Malaysian Insider, menunjukkan isu yang dibangkitkan oleh kumpulan tersebut seperti Unisel dipolitikkan — perlantikan ahli lembaga pengarah terdiri daripada ahli politik PR, penyalahgunaan dana Yayasan Selangor dan pembangunan komersil kompleks PKNS walaupun kerajaan Selangor sudah menjelaskan tanah tersebut berstatus rekreasi.

Walaupun tidak dibenarkan untuk memasuki bangunan SUK, kumpulan tersebut berjaya menyerahkan memorandum kepada ketua setiausaha sulit, Norzatun Aini, yang menemui para demonstran di pagar bangunan.

“Ini adalah amaran pertama kepada MB,” kata Mohamad Zainal Khamis dari GPRS dalam sidang akhbar selepas penyerahan memorandum.

“Jika MB gagal memenuhi permintaan kami, kami akan bawa lebih ramai orang.”

“Kami harap MB akan melakukan tindakan yang memenuhi kepentingan rakyat.”

Khalid sebelum ini mempertahankan tindakannya melantik tiga ahli politik dari PKR dan PAS sebagai ahli lembaga pengarah Unisel dengan hujah ketiga-tiga orang tersebut layak.

Rabu lalu akhbar The Star melaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didesak untuk menyiasat penyalahgunaan kuasa yang menyebabkan penukaran status tanah dari rekreasi ke komersil oleh PKNS di Kelana Jaya.

Bicara web

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi