Bahasa

Seminar ‘ancaman Kristianisasi’ di Johor akan cetuskan ketegangan agama

Oleh Anisah Shukry
March 28, 2012

KUALA LUMPUR, 28 Mac — Guru-guru agama di sekolah kebangsaan seluruh negeri Johor akan menghadiri satu seminar Sabtu ini berkaitan “ancaman Kristianisasi”, dan perkara itu telah menimbulkan perasaan kurang senang komuniti Kristian di negara ini.

Seminar anjuran Jabatan Pelajaran Johor dan Jabatan Mufti Johor itu bertajuk “Pemantapan Aqidah, Bahaya Liberalisme dan Pluralism Serta Ancaman Kristianisasi Terhadap Umat Islam. Apa Peranan Guru?” menetapkan kehadiran dua guru agama daripada 55 sekolah kebangsaan di Johor.

“Saya terkejut dan semacam tidak percaya apabila mengetahui berkenaan perkara itu. Kenapa wujudnya ancaman sedemikian?” kata Chrisanne Chin, Moderator Belia Majlis Gereja Malaysia (CCM) kepada The Malaysian Insider semalam.

“Penganjuran seminar itu turut dipamerkan di laman web jabatan berkenaan akan turut membuatkan masyarakat percaya terdapatnya ancaman terhadap Islam,” tambahnya.

Salinan surat berkenaan seminar itu daripada Jabatan Pelajaran Johor turut diletakkan di laman web mereka.

Chin yang juga ahli jawatankuasa eksekutif CCM menegaskan beliau bukanlah menentang program-program latihan untuk guru agama, tetapi risau program Sabtu ini akan meletakkan tekanan kepada guru untuk mengajar dan menyebarkan tekanan beragama kepada pelajar.

“Seminar ini akan menimbulkan perasaan curiga dalam komuniti, dan bertentangan dengan konsep 1 Malaysia yang dilaungkan kerajaan.

“Kita perlu bersatu, dan bukan lagi retorik. Ini masanya untuk melakukan apa yang dilaungkan itu,” kata Chin.

Penasihat Unit Pendidikan Agama Jabatan Pelajaran Johor, Hasimah Abdul hamid yang dihubungi The Malaysian Insider enggan mengulas lanjut berkenaan program itu yang seakan-aka menunjukkan ancaman Kristian terhadap Islam.

“Objektif utama program ini adalah untuk memperkukuhkan ajaran Islam,” katanya kepada The Malaysian Insider.

“Tapi saya tidak boleh mengulas berkenaan tajuknya, kerana ia diserahkan penganjur.”

Kristian membentuk 9.2 peratus daripada 28.3 juta populasi rakyat Malaysia.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Kristian dan Muslim komuniti bertelagah berkenaan perkataan “Allah” yang mana mereka mendakwa hanya Islam yang boleh menggunakan perkataan itu kerana ia melambangkan tuhan untuk orang Muslim.

Sekumpulan konservatif Muslim turut menuduh Kristian cuba memurtadkan orang Islam, telah menimbulkan ketegangan terhadap kedua-dua agama tersebut.

 

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Comments

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi