Bahasa

Senarai calon BN Terengganu sudah diserah kepada SPRM untuk tapisan, kata MB

January 26, 2013

KEMAMAN, 26 Jan — Senarai calon Barisan Nasional (BN) Terengganu bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) telah diserahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk melalui proses tapisan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pengerusi Badan Perhubungan Umno dan BN Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata sehingga ini belum ada sebarang maklumat mengenai senarai calon yang dikemukakan kepada SPRM sama ada layak atau sebaliknya.

"Kita tunggulah sehingga SPRM memaklumkan kepada kita nanti," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Melayu semalam mengenai empat calon BN tidak layak menyertai PRU-13 selepas tapisan dibuat SPRM.

Sementara itu, Ahmad yang juga Menteri Besar berkata semua anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di negeri ini yang sudah tamat tempoh perkhidmatan pada Disember lepas akan disambung perkhidmatan mereka sehingga Jun depan.

Di Terengganu terdapat kira-kira 1,600 anggota JKKK, katanya. — Bernama

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Comments

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi