Bahasa

Shafie Apdal nafi beri RM1.5 juta kepada pelakon

Oleh Shannon Teoh
April 23, 2012

KUALA LUMPUR, 23 April  — Datuk Seri Shafie Apdal hari ini menafikan tuduhan PKR yang mengatakan beliau membayar sejumlah RM1.5 juta kepada pelakon Zahida Mohamed Rafik.

Menurut menteri itu dalam dalam laporan polis yang dibuat Noor Azman Azemi, yang mendakwa menteri itu mengupahnya untuk menjadi ‘pemandu peribadi pelakon berkenaan’ bagi “memantau pergerakan artis” itu sejak 2009, adalah tidak benar.

“Kenyataan sokongan daripada individu yang membuat laporan polis telah menyebarkannya dan bermotifkan politik,” kata Naib Presiden Umno itu (gambar), melalui laman Twitter rasminya.

Walaupun kebanyakan laporan media tidak menyebut nama menteri dan pelakon berkenaan, sesetengah laman web dan blog telah mendedahkan nama mereka seperti didedahkan PKR ketika sidang media di lobi Parlimen 18 April lalu.

Menteri dan pelakon berkenaan sebelum ini telah menafikan mempunyai hubungan antara mereka.

Namun khabar angin mereka mengadakan hubungan mula mendapat perhatian setelah PKR mengemukakan laporan polis yang dibuat Noor Azman mengatakan beliau telah membuat laporan apabila Zahida menuduhnya menyeleweng duit berjumlah RM200,000 awal bulan lalu.

Ahli Parlimen Zuraida Kamaruddin berkata, saudara Noor Azman telah berjumpa pihaknya dengan laporan polis berkenaan yang mengatakan pemimpin Umno Sabah itu memberikan pelakon itu antara RM100,000 dan RM200,000 setiap kali mereka berjumpa secara “rahsia di hotel sekitar Kuala Lumpur setiap minggu.”

Lelaki berusia 38 tahun itu, yang mendakwa dirinya sebagai duda, berkata dalam laporan berkenaan, Shafie dan pelakon tersebut mempunyai “hubungan serius antara satu sama lain dan saya adalah orang tengah mereka.”

Ketua Wanita PKR itu turut mendakwa pelakon berkenaan telah menerima sekitar RM58,000 Oktober lalu, RM112,000 pada November dan RM330,000 pada Disember, termasuk RM510,000 pada Januari tahun ini.

Noor Azman, bapa kepada dua anak ini menambah, dalam laporan polis tersebut, beliau meletak jawatan penghujung Febuari lalu apabila tertekan bekerja di bawah menteri tersebut, yang mana termasuk membuat laporan kepada Shafie berkenaan pergerakan wanita itu walaupun beliau berada di luar negara.

Beliau turut mendakwa menteri itu tidak membayar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerjanya (KWSP).

Namun, menteri luar bandar dan pembangunan wilayah itu berkata, beliau bersedia untuk mengambil tindakan perundangan terhadap “mana-mana pihak yang memfitnah saya dan mengaitkan saya terhadap perkara ini.”

Bicara web

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi