Bahasa

Shahrizat: Jika Umno hilang kuasa, tidak mustahil 13 Mei berulang

KUALA LUMPUR, 28 Nov — Dalam ucapan dasarnya, Datuk Seri Shahrizat Jalil memberi amaran tentang kemungkinan berulangnya tragedi berdarah 13 Mei 1969 jika Umno kehilangan kuasa selepas pilihan raya umum akan datang.

“Jika kita tidak lagi ditampuk kuasa, maka kestabilan politik negara akan goyang.

“Pastinya kaum Melayu yang menjadi rakyat majoriti di negara kita tidak akan senang.

“Saya bimbang dan khuatir ini mungkin akan membawa kepada ketegangan kaum yang boleh mengundang kembali tragedi 13 Mei 1969.

“Mahukah kita melihat keadaan jijik tersebut berlaku lagi dalam negara kita? Kita pastinya tidak mahu,” kata ketua wanita Umno itu dalam ucapan dasarnya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Shahrizat meminta delegasi Wanita Umno mencari jalan untuk mengatasi sebelum apa yang beliau katakan itu berlaku.

“Kata doktor, barah jika dirawat dari awal kurang menyakitkan.

“Jika dibiarkan ia akan terus merebak menjadi barah yang membahayakan, menyakitkan dan seterusnya boleh membunuh.

“Kita mesti berani mengambil tindakan yang tegas untuk kebaikan parti kita kerana ‘luas tentu bertepi dan panjang tentunya berpenghujung,” kata bekas ahli parlimen Lembah Pantai itu lagi.

Perhimpunan Agung Umno berjalan selama lima hari dari 27 November sehingga 1 Disember.

Comments

Please note that you must sign up with disqus.com before commenting. And, please refrain from comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature and note that comments can be edited, rewritten for clarity or to avoid questionable issues. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments