Bahasa

‘Serangan Rafizi bukti ketakutan dengan kekuatan Wanita BN’

Oleh Boo Su-Lyn

March 18, 2013

Shahrizat tidak bersetuju dengan tindakan Rafizi. - GAmbar failShahrizat tidak bersetuju dengan tindakan Rafizi. - GAmbar fail

KUALA LUMPUR, 18 Mac — Datuk Seri Shahrizat Jalil  hari ini menuduh Pengarah Strategi PKR  Rafizi Ramli dengan mengatakan  serangan keatasnya melibatkan skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) adalah kerana takut dengan Wanita Barisan Nasional (BN).

Dalam perbicaraan di  Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Shahrizat yang merupakan bekas menteri Kabinet dan ketua Wanita Umno  tidak bersetuju dengan tindakan Rafizi yang menyerang Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak dan Menteri Pertanian dan  Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar apabila menuduh kedua-dua mereka menipu kepada Parlimen pada 2011 tentang pinjaman  kerajaan berjumlah RM250 juta kepada National Feedlot Corporation (NFCorp).

“Anak guam kamu menyerang saya selaku ketua Wanita BN kerana dia takut dengan kekuatan Wanita BN,” kata Shahrizat kepada  peguam Rafizi Ranjit Singh disini, dengan nada agak marah.

“Kamu menyaman anak guam saya atas kata-katanya dalam satu kenyataan media. Baca ini, adakah kamu bersetuju anak guam  saya akan mengejar perdana menteri dan menteri ertanian dan industri asas tani,” tanya Ranjit semasa soal balas dalam perbicaraan  kes saman fitnah Shahrizat berjumlah RM100 juta keatas Rafizi dan MP PKR Zuraida Kamaruddin.

“Dia yang menyerang saya... ia selalu tentang keluarga Shahrizat (yang Rafizi tuduh),” balas Shahrizat.

Ranjit berkata kenyataan media Rafizi adalah bertujuan untuk membidas Najib dan Noh yang memberitahu Parlimen pada Oktober  dan November 2011 bahawa pinjaman kerajaan RM250 juta tidak sepenuhnya disalurkan kepada NFCorp.

Beliau menambah Rafizi telah berkata penyata kewangan NFCorp yang difailkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)  menunjukkan syarikat tersebut telah mengeluarkan wang sebanyak RM250 juta hingga tempoh 31 Mac 2009.

Apabila disoal lagi, Shahrizat menuduh Rafizi berniat jahat dan bertindak atas tujuan tidak baik, menyebabkan Ranjit terpaksa  membalasnya dengan baik, “Awak betul-betul perlu kawal diri sendiri.”

Shahrizat juga berkata beliau tidak sedar tentang dua kondominium yang dibeli menggunakan dana NFCorp.

Beliau menambah menyatakan kerajaan mengeluarkan RM250 juta ke dalam sebuah akaun pinjaman istimewa, tetapi “jumlah sebenar syarikat tersebut telah gunakan ialah RM181 juta.”

Sharizat yang merupakan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat berkata Real Food Company (RFC) yang menjalankan perniagaan rangkaian restoran Meatworks dan 70 pembeli lain menerima diskaun daripada NFCorp berjumlah RM2.9 juta.

“RFC memperoleh diskaun bersama dengan 70 pembeli lain,” kata beliau.

NFCorp dimiliki suami Shahrizat, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail dan tiga anak pasangan tersebut.

Rafizi sebelum ini menegaskan walaupun telah berulangkali menimbulkan persoalan konflik kepentingan dalam penganugerahan projek NFC kepada syarikat Mohamad Salleh semasa Shahrizat masih lagi dalam Kabinet, sehingga kini hanya pengerusi NFCorp yang didakwa di mahkamah atas salahlaku.

Pada 12 Mei tahun lalu, Mohamad Salleh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas dua tuduhan pecah amanah melibatkan RM49.7 juta dalam dana NFCorp menerusi pembelian dua unit kondominium.

Rafizi antara yang lantang dalam pendedahan skandal tersebut telah didakwa bersama bekas kerani Public Bank Johari Mohamad dibawah Akta Bank dan Institusi Kewangan (Bafia) 1989 kerana mendedahkan dokumen perbankan melibatkan NFCorp.

Kedua-dua mereka boleh dijatuhi hukuman maksimum RM3 juta atau dipenjara tiga tahun jika didapati bersalah.

Sesi pendengaran sebelum itu bersambung tengharai ini dihadapan Hakim Vazeer Alam Mydin Meera.

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Comments

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi