Bahasa

Shamsul Iskandar, Rahim calon PKR Bukit Katil, Tangga Batu

MELAKA, 9 April — Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin diumum sebagai calon PKR untuk bertanding kerusi Parlimen Bukit Katil pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) ini.

Ketua Cabang PKR Tangga Batu Rahim Ali pula akan bertanding bagi kerusi Parlimen Tangga Batu.

Nama kedua-dua mereka diumum Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan diperkenalkan pada satu ceramah di Taman Bahagia, Bukit Baru di sini malam tadi.

Rahim, bekas guru dan pengerusi Majlis Guru Besar Sabah sebelum ini pernah bertanding atas tiket Semangat 46 namun tewas kepada Mohd Tamrin Abdul Ghafar (Barisan Nasional) bagi kerusi Parlimen Batu Berendam pada 1990.

Pada PRU12 lepas, PKR meletakkan Khalid Jaafar untuk kerusi itu namun kalah kepada calon BN Datuk Mat Sirat Abu dengan majoriti 1,758 undi.

Untuk kerusi Parlimen Tangga Batu pula diwakili Zainon Jaafar (PKR) yang tewas kepada calon BN Datuk Idris Haron dengan majoriti 14,500 undi. – Bernama 

 

Comments

Please note that you must sign up with disqus.com before commenting. And, please refrain from comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature and note that comments can be edited, rewritten for clarity or to avoid questionable issues. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments