Bahasa

Situasi tengah hari: Mangsa banjir Pahang terus meningkat

KUANTAN, 12 Dis - Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan di tiga daerah di Pahang meningkat kepada 1,310 orang setakat tengah hari, berbanding 871 mangsa pagi tadi.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata Kuantan kekal mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 806 orang membabitkan 216 keluarga.

Ini diikuti Rompin dengan 480 orang daripada 114 keluarga dan di Pekan 24 orang melibatkan sembilan keluarga, katanya dipetik Bernama Online.

"Sebanyak 10 pusat pemindahan dibuka di Kuantan iaitu SMK Paya Besar menempatkan seramai 212 mangsa, Dewan Orang Ramai (DOR) Indera Mahkota Jaya 27 orang, DOR Chenderawasih (68 orang), DOR Seri Damai (114), SMK Gudang Rasau (20), SK Fakih Abu Samad (193), Pusat Bina Insan Jaya Gading (121), SMK Bukit Rangin (21), DRO PAKR Panching (4) dan Balai raya Kampung Pahang (26).

"Manakala di Rompin 480 mangsa banjir di tempatkan di SK Janglau seramai 226 orang, Masjid Perepat (42), DOR Teluk Gading (203) dan Balai raya Simpang Sepang (9) bagi daerah Pekan kekal masih menempatkan 24 orang di Balai raya Rumbia," katanya.

Beliau berkata setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.

Comments

Please note that you must sign up with disqus.com before commenting. And, please refrain from comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature and note that comments can be edited, rewritten for clarity or to avoid questionable issues. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments