Bahasa

Skandal intip: Orang kanan Murdoch ditahan polis London

July 17, 2011

Rebekah Brooks — Foto ReutersLONDON, 17 Julai — Rebekah Brooks, bekas editor News of the World dan salah seorang orang kanan Rupert Murdoch, ditahan oleh polis hari ini bagi membantu siasatan skandal intipan telefon dan memberi polis sogokan, demikian menurut sumber.

Brooks, 43, telah pun mengatakan bahawa beliau tidak tahu-menahu mengenai dakwaan bahawa tabloid News of the World telah mengintip beribu-ribu telefon termasuk seorang pelajar perempuan pada 2002.

Beliau telah meletakkan jawatannya Jumaat lalu sebagai ketua eksekutif News International dalam usaha mengelak tekanan ke atas jutawan media Murdoch yang berhadapan krisis paling buruk ini.

Peguamnya Dave Wilson memberitahu Reuters bahawa Brooks telah pergi ke balai polis London secara sukarela dan sedang membantu polis berhubung siasatan mereka.

Dia enggan mengulas lanjut.

Seorang sumber kanan News International berkata syarikat itu terkejut dengan tindakan polis menahannya.

Brooks, Murdoch dan anak lelakinya James akan disoal siasat oleh Parlimen Britain Selasa ini. — Reuters

Bicara web

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi