Bahasa

SKMM terima aduan video seks Mustafa Ali di internet

KUALA LUMPUR, 12 April — Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini mengesahkan telah menerima aduan ekoran penyebaran video seks dikatakan melibatkan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan akan menjalankan siasatan.

Salinan aduan oleh orang awam berkenaan penyebaran video seks yang dikatakan melibatkan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali hari ini.Salinan aduan oleh orang awam berkenaan penyebaran video seks yang dikatakan melibatkan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali hari ini.Pegawai perhubungan awam yang enggan namanya disiarkan berkata aduan tersebut diterima hari ini oleh orang awam yang membuat laporan terhadap gambar dan video seks membabitkan pemimpin veteran PAS tersebut.

“Ya, kami sudah terima dan siasatan akan dijalankan,” kata pegawai SKMM tersebut yang dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

Aduan yang dibuat oleh pengadu yang enggan dikenali tersebut juga memberikan capaian ke laman blog www.papagomo.com yang menulis artikel tentang video seks tersebut.

Salinan aduan bernombor 0400/04/13 yang dihantar kepada The Malaysian Insider tersebut disahkan oleh pegawai Biro Aduan Pengguna SKMM, Nurhaliza Yahaya.

“Dengan hormatnya aduan yang diterima berhubung perkara di bawah adalah dirujuk.

“Pihak SKMM akan mengkaji aduan yang dikemukakan dan akan mengambil tindakan sepertimana yang dibenarkan dibawah peruntukan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” tulis notis yang disahkan oleh Nurhaliza.

Dalam huraian masalah daripada laporan yang dihantar oleh individu tersebut menyatakan, “Penyebaran video seks Datuk Mustafa Ali yang tidak sepatutnya disebarkan secara viral di Internet”.

Dalam aduan tersebut juga, individu yang bertanggungjawab membuat laporan tersebut menggesa SKMM supaya mengambil tindakan sewajarnya.

Awal hari ini, media melaporkan sebuah blog www.papagomo.com dalam satu artikelnya menyenaraikan beberapa blog pro-Umno mengandungi gambar dan video menyerupai pemimpin tertinggi PAS yang terlibat dalam satu skandal seks.

Video lebih 11 minit berwarna itu menunjukkan seorang lelaki bersama seorang wanita dalam keadaan intim melakukan hubungan seks di dalam sebuah bilik, serta direkodkan pada satu sudut menghadap pasangan tersebut.

Sementara laporan akhbar The Star pula menyebut pihak polis Terengganu telah merampas 16 VCD mengandungi video yang disebarkan oleh beberapa individu tidak dikenali namun tiada sebarang tangkapan dibuat.

Sebelum ini, laman blog www.papagomo.com, juga telah mendedahkan satu video seks menyerupai Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pengendalinya, Wan Muhammad Azri Wan Deris, 30 telah disaman sebanyak RM100 juta.

Pilihan raya umum telah disahkan akan dilaksanakan pada 5 Mei depan dengan 20 April ini adalah hari penamaan calon dan parti politik mempunyai tempoh 15 hari untuk berkempen.

Comments

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.