Bahasa

SPR lancar portal PRU13

PUTRAJAYA, 30 Jan — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melancarkan portal online untuk maklumat pilihan raya umum ke-13.

Portal itu, www.pru13.gov.my, hanya berjumlah kurang dari RM100,000 kosnya, dibangunkan dan diuruskan oleh sebuah syarikat swasta.

"Jika ada isu manipulasi atau salah faham, ia akan diterangkan dalam portal ini," kata pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof ketika portal itu dilancarkan hari ini.

Portal tersebut akan memberi maklumat terkini mengenai pilihan raya, termasuk keputusan, yang akan dimasukkan oleh pegawai bertugas di pusat mengundi.

Pengundi berdaftar juga boleh menyemak nama mereka, dalam usaha SPR membersihkan daftar pemilih sebelum pilihan raya.

Pada ketika berita ini ditulis, laman web ini masih belum siap, hanya laman kosong dan bertulis "This is a test" (Ini hanyalah ujian).

Ketua projek tersebut Datuk P. Manogram enggan memberitahu nama syarikat terbabit, tetapi akan diberitahu kemudian.

Laman web tersebut disemak dan menunjukkan JNP Technologies Sdn Bhd, syarikat konsultasi IT di Kajang, Selangor terlibat dalam kerja-kerja teknikal.

Laman web tersebut termasuk dalam dana RM400 juta yang disediakan untuk pengurusan Pilihan Raya 2013, kata Abdul Aziz.

Kos meningkat dari RM250 juta pada 2008 kerana pertambahan pengundi dan peningkatan elaun untuk pekerja pilihan raya.

Selain itu, kos untuk dakwat kekal juga dikira yang akan digunakan pertama kali dalam pilihan raya.

Abdul Aziz berkata, SPR sudah menempah dakwat tersebut tahun lalu, tetapi belum sampai kerana tarikh luputnya cuma beberapa bulan. — Bernama

 

Comments

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.