Bahasa

SPR: Tarikh akhir bubar Parlimen 24 April 2013

KOTA BARU, 8 Okt — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata tarikh akhir bagi pembubaran Parlimen adalah pada 24 April 2013.

Timbalan Setiausaha SPR, Datuk Noordin Che Ngah berkata kuasa Parlimen akan tamat pada tarikh tersebut secara automatik kerana tempoh yang diberikan mandat oleh rakyat telah berakhir.

“Tarikh pembubaran Parlimen bergantung kepada Perdana Menteri. Bagaimanapun sekiranya sehingga 24 April 2013, Parlimen masih tidak dibubarkan, maka secara automatiknya parlimen terbubar,” katanya di sini, hari ini.

Dipetik Bernama Online, jelas beliau, selepas tempoh itu berakhir, SPR akan mengambil alih untuk diadakan pilihan raya umum yang ke-13 dalam tempoh 60 hari.

Spekulasi menyebut pilihan raya umum ke-13 akan diadakan bila-bila masa dari sekarang, dengan ramai meramalkan ia akan dipanggil awal tahun depan.

Spekulasi itu semakin kuat selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Bajet 2012 semalam dengan pelbagai ‘buah tangan’ yang bakal dinikmati sebahagian besar rakyat.

 

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website. We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments