Bahasa

SPR terima notis pembubaran DUN Negeri Sembilan

Oleh Mohd Farhan Darwis
March 28, 2013

KUALA LUMPUR, 28 Mac — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengesahkan telah menerima pemakluman rasmi daripada Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan pagi ini.

Perkara itu dimaklumkan SPR dalam satu kenyataan hari ini termasuk harapan pengendali pilihan raya itu yang mahukan Pilihan Raya Umum ke-13 diadakan serentak di seluruh negara.

“SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan pagi ini yang memaklumkan bahawa Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan ke-12 telah  terbubar secara sendiri pada 28 Mac 2013,” kata kenyaataan yang diedarkan kepada media.

“Berdasarkan peruntukan undang-undang, SPR mempunyai tempoh selama 60 untuk menetapkan tarikh-tarikh penamaan calon dan pengundian berkaitan dengan pilihan raya umum bagi Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan melalui satu Mesyuarat Khas yang akan ditetapkan kemudian,” kata kenyataan itu lagi.

DUN Negeri Sembilan telah mencipta sejarah apabila menjadi negeri pertama terbubar secara automatik pada 12 tengah malam tadi, mendahului pembubaran Parlimen yang mana belum pernah berlaku sejak 12 pilihan raya sebelum ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagaimanapun masih lagi belum mengumumkan pembubaran Parlimen, yang mana akan terbubar secara automatik pada 28 April depan.

Pilihan raya kali ini juga dikatakan bakal menjanjikan persaingan sengit antara parti pemerintah Barisan Nasional (BN) dan juga pembangkang Pakatan Rakyat (PR) yang mana beruasaha sedaya upaya mereka untuk menawan Putrajaya.

Pada Pilihan Raya 2008, BN kehilangan majoriti tradisi dua pertiga kerusi yang sebahagian besarnya disebabkan oleh kekalahan besar di semenanjung di mana mereka hanya menang 85 kerusi yang turut menyaksikan kehilangan lima negeri di semenanjunh, manakala pembangkang mendapat 80 kerusi.

BN diselamatkan oleh Sabah, Sarawak dan Labuan di mana gabungan pemerintah itu menundukkan pembangkang, hampir menyapu bersih apabila menang 55 kerusi parlimen manakala pembangkang hanya menang dua.

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Comments

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi