Bahasa

SPR yakin proses PRU-13 di Sabah akan berjalan lancar — pengerusi SPR

MELAKA, 5 Mac — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yakin proses pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) di Sabah akan berjalan lancar dan tidak tergugat dengan insiden pencerobohan kumpulan bersenjata dari selatan Filipina di negeri itu.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (gambar) berkata berkata pengundi di Sabah tidak perlu bimbang kerana pihak SPR akan dibantu anggota keselamatan untuk menjaga dan memantau keselamatan pengundi di Sabah sepanjang PRU-13 akan datang.

“Hal-hal keselamatan dan ketenteraman awam negara perlu diutamakan dan kita juga tidak mahu mana-mana pihak membuat spekulasi keadaan di sana (Sabah),” katanya kepada pemberita selepas mengadakan taklimat ulangan bagi Pengurus dan Penolong Pengurus Pilihan Raya Bagi Negeri Melaka dan Negeri Sembilan sempena PRU-13, di sini hari ini.

Insiden pencerobohan kumpulan bersenjata di Sabah yang dilapor sejak 12 Feb, mengorbankan lapan anggota keselamatan negara — dua di Lahad Datu dan enam di Semporna.

Seramai 13.29 juta pemilih berdaftar sehingga 31 Dis lepas diwartakan SPR pada Februari lepas, dengan lebih dua juta daripadanya adalah pengundi baharu. — Bernama

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website . We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments