Bahasa

Suhakam sedia hotline aduan pelanggaran hak asasi hari pengundian

KUALA LUMPUR, 4 Mei — Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) bersedia menerima aduan orang ramai mengenai sebarang dakwaan pelanggaran hak asasi manusia pada hari pengundian pilihan raya umum ke-13, esok.

Menurut Setiausaha Suhakam Rodziah Abdul dalam satu kenyataan di sini hari ini, pejabat Suhakam akan beroperasi esok (5 Mei) dari pukul 8 pagi hingga 6 petang.

Bagi membuat aduan, orang ramai boleh menggunakan talian hotline 03-26125669/03-26125691 (pejabat KL), 082-234650 (pejabat Sarawak) dan 088-317802/088-317803 (pejabat Sabah). — Bernama

Comments

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.