Bahasa

Syarikat dikatakan pengedar steroid tidak didaftarkan di Malaysia, kata Kementerian Kesihatan

Botol-botol yang mengandundi steroid yang dirampas oleh Jabatan Kastam Australia disusun di atas sebuah meja di Sydney 30 Julai 2008. — Gambar ReutersBotol-botol yang mengandundi steroid yang dirampas oleh Jabatan Kastam Australia disusun di atas sebuah meja di Sydney 30 Julai 2008. — Gambar ReutersKUALA LUMPUR, 6 Jun ― Asia Pharma Ltd, syarikat farmaseutikal dikatakan berpengkalan di Kuala Lumpur, dikendalikan oleh pengedar steroid disyaki dari Slovenia dengan operasi di seluruh dunia, mempunyai kehadiran atas talian di sini tetapi tidak didaftarkan atau tidak dibenarkan untuk menjalankan perdagangan dadah di Malaysia, kata Kementerian Kesihatan.

Mihael Karner minggu lepas dilaporkan oleh Wall Street Journal (WSJ) melaporkan di belakang menjalankan syarikat payung jualan steroid anabolik di Malaysia digelar Asia Pharma, termasuk dalam enam individu dan kumpulan disenaraikan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama sebagai pengedar dadah asing yang penting di bawah Akta Kingpin itu.

“Penyiasatan dilakukan secara tempatan mendapati Asia Pharma tidak mempunyai alamat fizikal di Malaysia dan menyenaraikan nombor telefon tempatan yang sudah tidak berada dalam perkhidmatan,” kata Mohd Hatta Ahmad, pengarah penguatkuasaan dari bahagian perkhidmatan farmasi Kementerian Kesihatan dalam satu e-mel kepada The Malaysian Insider.

“Juga steroid tidak dibawa masuk ke dalam atau dieksport dari tanah Malaysia. Ada kemungkinan syarikat itu meletakkan server di dalam negara tanpa undang-undang atau tidak didaftarkan secara fizikal di Malaysia,” tambah beliau.

Semakan melalui Google oleh The Malaysian Insider selepas WSJ melaporkan sekatan Obama menunjukkan Asia Pharma adalah syarikat farmaseutikal liabiliti terhad di Kuala Lumpur dengan nombor telefon tempatan dan faks tetapi tidak menyenaraikan alamat fizikal atau mel.

Di laman sesawangnya, syarikat itu berkata matlamat utamanya adalah pengeluaran dan penjualan produk generik farmaseutikal berkualiti tinggi kepada negara-negara membangun yang tidak mampu membeli ubat-ubatan proprietari mahal. Kebanyakan 56 produk tersenarai adalah untuk rawatan hormon lelaki dan perempuan.

Ia mendakwa misi “Asia Pharma Ltd adalah untuk meningkatkan kecekapan sistem penjagaan kesihatan di seluruh dunia dengan menyediakan lebih banyak ubat-ubatan berkualiti sama untuk wang yang sama.”

Mohd Hatta mengatakan semakan kementerian kesihatan terhadap Asia Pharma juga kosong kerana ianya tidak berdaftar sebagai syarikat farmaseutikal dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah, yang berada di bawah Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 (CDCR).

“Syarikat ini oleh itu tidak dibenarkan untuk berdagang produk farmaseutikal,” katanya.

Perdagangan steroid dikawal di Malaysia di bawah Akta Racun 1952, kata Mohd Hatta.

Beliau menjelaskan ubat-ubatan seperti steroid yang memberi kesan kepada kedua-dua hormon lelaki dan perempuan dikelaskan sebagai racun dan oleh itu semua penjualan atau pembelian memerlukan lesen kerajaan, tetapi menekankan “perdagangan atas talian racun termasuk steroid adalah dilarang di Malaysia.”

Beliau juga berkata kementerian kesihatan akan bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan lain untuk mengetatkan kawalan ke atas Asia Pharma jika terdapat bukti yang menunjukkan syarikat itu telah menggunakan server Malaysia.

Mohd Hatta berkata mereka yang disabitkan melanggar CDCR boleh dihukum denda maksimum RM25,000 atau tiga tahun penjara bagi kesalahan pertama. Mereka yang disabitkan dengan kesalahan berikutnya di bawah undang-undang sama boleh menghadapi sehingga lima tahun penjara atau denda dua kali ganda.

Mereka yang didapati bersalah terlibat dalam perdagangan racun, seperti steroid, tanpa lesen, boleh dihukum denda RM5,000 atau dua tahun penjara, katanya.

WSJ melaporkan Karner, isteri dan adiknya telah didakwa di Mahkamah Persekutuan Massachusetts pada tahun 2010 atas tiga pertuduhan konspirasi pengubahan wang haram, mengimport dan mengedarkan steroid.

Karner dilaporkan telah melarikan diri kembali ke tempat asalnya Slovenia sejak itu di mana dia meneruskan operasinya walaupun telah dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa AS, kata akhbar itu memetik pegawai Perbendaharaan AS.

Dalam mengenakan sekatan, Obama dilaporkan telah menggunakan Kingpin Statute, atau nama sebenarnya Continuing Criminal Enterprise (CCE) Statute, undang-undang persekutuan Amerika Syarikat bertujuan untuk menghapuskan perusahaan jenayah narkotik yang berfungsi seperti perniagaan sah.

WSJ melaporkan Obama telah mengenakan sekatan terhadap enam individu dan kumpulan, termasuk Karner, yang dikatakan peniaga steroid anabolik.

Menurut akhbar perniagaan antarabangsa dan isu semasa itu, Karner menggetuai organisasi antarabangsa yang menjual steroid anabolik di internet dan telah menubuhkan syarikat cengkerang untuk menyembunyikan asal usul keuntungan.

Steroid anabolik yang dikenali sebagai penggalak prestasi dan digunakan untuk tujuan kosmetik tetapi boleh merosakkan kesihatan seseorang dalam jangka masa panjang.

Bukit Aman juga menyiasat Asia Pharma tetapi penemuan awal telah membawa kepada dinding, menurut Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Datuk Haris Wong Abdullah.

Ketika dihubungi semalam, beliau mengatakan kepada The Malaysian Insider polis mempunyai sumber asal maklumat mengenai dakwaan itu ditangan tetapi berkata laporan menghubungkan Malaysia kepada penyeludupan steroid anabolik global yang dijalankan oleh Karner adalah tidak betul.

“Saya telah mendapat teks dari sumber asal yang mengeluarkannya ... ia adalah tidak betul apa yang dilaporkan.

“Tiada apa-apa tentang dadah itu. Dan kita sedang menyiasat syarikat itu,” katanya mengenai Asia Pharma ketika dihubungi semalam, sambil menambah, “Ia tidak wujud, hanya alamat maya.”

Wong Abdullah berkata setakat yang polis tahu, tidak ada operasi pengedaran steroid di negara ini, tetapi dia menambah siasatan sedang dijalankan.

Ditanya sama ada polis akan bercakap dengan WSJ mengenai laporan itu, dia bertanya kembali, “Mengapa perlu kita?”

 

Comments

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.