Bahasa

Tee Keat, Yen Yen, Gan Ping Sieu digugurkan MCA untuk PRU13

Oleh Boo Su-Lyn
April 15, 2013
Latest Update: April 16, 2013 05:28 am

KUALA LUMPUR, 15 April — Datuk Seri Ong Tee Keat dan dua naib presiden MCA Gan Ping Sieu dan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen telah digugurkan daripada bertanding dalam Pilihan Raya 2013n kata Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini.

Ong dan Ng masing-masing adalah penyandang ahli parlimen Pandan dan Raub, manakala Gan dilantik sebagai senator selepas kalah di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mengkibol di Johor.

“Terdapat 19 (51.3 peratus) muka baru bagi kerusi parlimen dan 49 (54.4 peratus) muka baru bagi kerusi DUN,” kata Dr Chua dalam satu kenyataan hari ini selepas mengedarkan senarai calon MCA untuk Pilihan Raya 2013.

Selain daripada Ng, kesemua menteri dan timbalan menteri MCA mempertahankan kerusi parlimen mereka: Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha (Lumut), Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai (Bentong), Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung (Alor Setar), Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Lee Chee Leong (Kampar), Timbalan Menteri Pertanian dan Asas Tani Datuk Chua Tee Yong (Labis) dan Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Wee Ka Siong (Ayer Hitam).

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ir Donald Lim dipindahkan dari kerusi Petaling Jaya Selatan yang beliau kalah dalam Pilihan Raya 2008 ke Selayang.

Veteran MCA Datuk Seri Ong Ka Chuan akan mempertahankan kerusi parlimen Tanjung Malim di Perak.

Bekas Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Datuk Heng Seai Kie akan bertanding di kerusi parlimen Padang Serai di Kedah.

Pengerusi MCA Bentong Datuk Hoh Khai Mun diletakkan untuk menggantikan Ng di Raub dan Gary Lim Chin Yee menggantikan Ong di kerusi parlimen Pandan.

Sementara itu ahli veteran MCA Datuk Yap Pian Hon, 70, dan Datuk Teh Kim Poo, 62, akan bertanding masing-masing di kerusi parlimen Serdang dan Klang.

MCA akan bertanding di tujuh kerusi parlimen di Johor kecuali Gelang Patah.

Dr Chua mengalahkan Ong sebagai presiden MCA pada 2012, akan tetapi Ong masih popular dikalangan pengundi Cina dan sejumlah besar dalam parti Barisan Nasional (BN).

Ong bertegas pada Febuari untuk bertanding sebagai calon BN di Pandan untuk melawan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli ― selepas Dr Chua menggugurkan beliau daripada senarai calon parti untuk pilihan raya umum ke 13.

BN sebelum ini pernah diletakkan sebagai calon bebas ― Billy Abit Joo di kerusi parlimen Hulu Ranjang di bawah bendera mereka semasa pilihan raya umum 1995.

Ng yang juga menteri pelancongan kerajaan sementara, mengatakan awal hari ini beliau “sangat santai” kerana tidak dicalonkan dan menambah itu yang beliau mahukan.

Gan yang juga timbalan menteri belia dan sukan kerajaan sementara dipanggil Ogos lepas bersama-sama Timbalan Menteri Umno Datuk Saifuddin Abdullah dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menjelaskan penentangan mereka terhadap Seksyen 114A Akta Keterangan 1950.

MCA menang 15 daripada 40 kerusi parlimen yang ditandinginya pada Pilihan Raya 2008; tujuh daripadanya terletak di Johor.

Pakatan Rakyat (PR) walau bagaimanapun, masuk ke kubu kuat MCA dengan meletakkan penasihat DAP Lim Kit Siang di kerusi parlimen Gelang Patah.

The Malaysian Insider melaporkan hari ini BN akan meletakkan menteri besar kerajaan sementara Datuk Abdul Ghani Othman di Gelang Patah selepas MCA menyerahkan kerusi kepada Umno.

Dr Chua yang dijangkakan akan berhadapan dengan Lim mengatakan Khamis lepas beliau tidak akan bertanding dalam pilihan raya 5 Mei bagi membuktikan beliau komited untuk bekerja bagi parti dan bukannya gilakan kuasa.

PKR bertanding di Gelang Patah dalam dua pilihan raya umum lepas, tetapi kalah dua kali kepada Ketua Wanita MCA Johor Tan Ah Eng.

Tan mengekalkan kerusi itu pada Pilihan Raya 2008 dengan majoriti 8,851 undi, lebih kecil daripada majoriti 31,666 undi pada 2004.

Pengundi Cina membentuk 54 peratus di kawasan tersebut manakala Melayu dan India masing-masing adalah 34 peratus dan 12 peratus.

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Comments

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi