Bahasa

Tembak-menembak di Semporna, polis kata tiada kaitan insiden di Lahad Datu

Kapal tentera laut diraja kelihatan dalam gambar fail Reuters, berhampiran perairan Lahad Datu, Sabah. Kapal tentera laut diraja kelihatan dalam gambar fail Reuters, berhampiran perairan Lahad Datu, Sabah.

Hamzah berkata sepasukan anggota polis telah pergi ke pulau tersebut apabila mendapat laporan ada beberapa individu membawa senjata.

"Pihak polis memasuki kawasan perkampungan tersebut dan mereka ditembak ... Dua anggota kami cedera," kata Hamzah.

Situasi tegang dilaporkan tercetus dan penduduk berhampiran Semporna dan Tawau apabila dikatakan terdapat lelaki bersenjata menyerang pasukan keselamatan.

Hamzah turut berkata operasi berterusan di lokasi berkenaan sedang diteruskan.

"Buat masa ini, kami percaya ianya tiada kaitan dengan insiden di Lahad Datu," katanya lagi.

Malah beliau turut menafikan ada balai polis yang diserang.

Ketegangan di Sabah tercetus apabila berlaku pertempuran antara penceroboh dari Filipina dan pasukan polis Malaysia pada Jumaat yang mana menyaksikan 10 penceroboh, dan dua anggota polis terkorban.

Comments

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.