Bahasa

Tembakan, kematian dilaporkan berlaku di Lahad Datu

Bekas Sultan Sulu Jamalul Kiram III (duduk) dengan pengikut-pengikutnya di kampung Maharlika, bandar Taguig, Manila selatan, 1 Mac 2013, pada masa kebuntuan di Sabah meletus keganasan. — Gambar ReutersBekas Sultan Sulu Jamalul Kiram III (duduk) dengan pengikut-pengikutnya di kampung Maharlika, bandar Taguig, Manila selatan, 1 Mac 2013, pada masa kebuntuan di Sabah meletus keganasan. — Gambar ReutersKUALA LUMPUR, 1 Mac — Tembak-menembak dilaporkan berlaku antara pasukan keselamatan Malaysia dan penceroboh dari Filipina yang menduduki kawasan perkampungan berhampiran Lahad Datu, dan menyebabkan kematian, lapor media Filipina hari ini.

Laman web The Philippine Daily Inquirer melaporkan, dipetik stesen radio Sabah, mereka mendengar bunyi tembakan selepas jam 10 pagi hari ini, tanpa menamakan  wartawan berkenaan.

Laman web tersebut turut memetik kenyataan beberapa penduduk kampung yang melihat ada beberapa mayat dipindahkan, dan menambah pihak berkuasa Malaysia juga menolak untuk memberikan sebarang kenyataan buat masa ini.

MENYUSUL LAGI

Comments

Please refrain from nicknames or comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature, or you may risk being blocked from commenting in our website . We encourage commenters to use their real names as their username. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments