Bahasa

Tiada calon Melayu terpilih anggotai CEC, pimpinan utama kekal

December 15, 2012

 Kit Siang, Guan Eng, Karpal dan Loke perolehi undi tertinggi. — Gambar oleh Choo Choy May Kit Siang, Guan Eng, Karpal dan Loke perolehi undi tertinggi. — Gambar oleh Choo Choy May

Lim Kit Siang mendapat undi tertinggi dengan 1, 607 undi, diikuti anak beliau Lim Guan Eng 1, 576 dan Karpal Singh dengan 1, 411 undi.

Turut memeranjatkan adalah bekas Ketua Pemuda DAP (Dapsy) Anthony Loke yang mendapat undi tertinggi dengan 1, 202.

Namun keenam-enam calon Melayu tidak terpilih langsung dalam CEC.

Mereka adalah Ariffin SM Omar, Ahmad Ton, Zairil Khir Johari, Zulkifli Mohd Noor, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji, Solaiman Op Syed Ibrahim dan Harun Ahmad.

"Ya, ia sangat mengecewakan tiada orang Melayu yang terpilih, tapi perkara ini akan kami bincang esok.

"Kami akan melantik beberapa calon untuk mewakili kaum-kaum tertentu," kata setiausaha agung DAP.

Selain itu, Lim berkata keputusan ini adalah datang daripada delegasi dan semua pihak akan menghormati keputusan ini.

"Walaupun ada pihak yang kalah, kami tetap masih satu parti," terang beliau.

Bagi Loke pula, perkara tersebut berlaku memandangkan beberapa calon daripada Melayu rata-rata masih muda dan kurang berpengalaman.

"Tidak ada calon terpilih mungkin disebabkan mereka masih muda.

"Calon-calon baru ini belum dikenali, jadi mereka perlukan sedikit masa lagi," ujar Loke.

Loke juga memberitahu bahawa mereka akan berbincang untuk melantik beberapa calon daripada kaum-kaum tertentu seperti kaum Melayu serta etnik Sabah dan Sarawak.

"10 orang lagi akan dilantik dalam CEC, esok akan kami bincangkan," jelas Loke.

DAP mempunyai kira-kira 150,000 anggota dari 730 cawangan. Sejumlah 2,576 perwakilan menghadiri kongres pada hari ini.

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Comments

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi