Bahasa

Tiada komunikasi dari kumpulan Sulu dalam masa 24 jam, kata Jamalul Kiram

Oleh Clara Chooi
Penolong Pengarang Berita

March 07, 2013

Jamalul Kiram (kedua dari kanan) berdoa dengan keluarga dan penyokong di Taguig, Metro Manila, 6 Mac, 2013. — Gambar ReutersJamalul Kiram (kedua dari kanan) berdoa dengan keluarga dan penyokong di Taguig, Metro Manila, 6 Mac, 2013. — Gambar Reuters

Siaran televisyen Filipina ABS-CBN News Channel mengatakan pagi ini, keluarga Kiram semakin bimbang berhubung keselamatan tentera mereka di Lahad Datu, dimana tentera Malaysia telah masuk melalui darat dan udara, dalam operasi untuk membentras kumpulan militan tersebut.

“Menurut Sultan Jamalul Kiram, sehingga kini, beliau masih belum mendapatkan perkembangan dari Datuk Raja Muda Kiram yang sekarang ini berada di Sabah,” kata wartawan siaran tersebut Jerome Lantin jam 8.00 pagi tadi.

“Sultan mengatakan semakin sukar untuk berhubung dengan tentera Di Raja sekarang kerana mereka terpisah-pisah.”

Wartawan itu melaporkan tentang perkembangan terbaru keluarga Kiram, yang kini menetap di Taguig City, Filipina, dan dianggarkan 40 orang tentera “Di Raja” telah gugur semenjak pertempuran pertama minggu lalu.

Menteri Pertahanan Malaysia Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menunjukkan gambar kepada media semalam, memperlihatkan 13 militan Sulu yang dibunuh oleh pasukan keselamatan Malaysia.

Pada 4.15 petang, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mengatakan angka kematian meningkat dikala operasi mencari merebak ke Kampung Tanduo ke Kampung Tanjung Batu, dimana pemberontak Sulu dipercayai bersembunyi.

“Kami percaya masih terdapat segelintir musuh yang gugur, akan tetapi kami tidak dapat mengesahkan angka pada masa ini,” kata beliau dalam sidang akhbar petang di Lahad Datu.

Agbimuddin dan lebih 200 militan Filipinaa mendarat di Lahad Datu Sabah pada 9 Februari untuk menuntut negeri tersebut, memetik rekod sejarah menunjukkan negeri Malaysia timur itu telah diberikan kepada Kesultanan Sulu yang oleh Sultan Brunei pada abad ke 17.

Percubaan untuk berunding secara aman antara pemberontak bersenjata dengan Putrajaya menemui jalan buntu, sungguhpun dengan gesaan pemerintah Filipinaa terhadap pengikut Sultan Sulu itu supaya pulang.

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Comments

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi