Bahasa

Tiada niat jahat dalam laporan Utusan ke atas Nizar, kata wartawan

Oleh Ida Lim
April 11, 2013

Ifqdar berkata penerbit akhbarnya tidak mempunyai sebarang niat jahat dalam penerbitannya, sambil menambah tidak meminda atau menambah fakta dalam laporannya ke atas komen Twitter Nizar. - Gambar failIfqdar berkata penerbit akhbarnya tidak mempunyai sebarang niat jahat dalam penerbitannya, sambil menambah tidak meminda atau menambah fakta dalam laporannya ke atas komen Twitter Nizar. - Gambar fail

KUALA LUMPUR, 11 April — Laporan Utusan Malaysia ke atas komen Twitter Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin pada Mei lalu tidak “berniat jahat” dan tidak adil kepada beliau, kata wartawan akhbar tersebut.

Wartawan Mohd Ifqdar Abdul Rahman hari memberikan keterangan bagi kes saman fitnah Nizar terhadap Utusan Melayu (M) Berhad, penerbit akhbar Utusan Malaysia ekoran laporan berdasarkan komen Twitternya selepas Sultan Johor memenangi bidaan nombor pendaftaran kereta WWW1 bernilai RM520,000.

“Kami hanya mencatat maklumat berdasarkan temubual dan kenyataan komen Twitter Plaintif. Tiada unsur niat jahat dan artikel tersebut tidak pernah dipinda, ditambah faktanya ataupun ditukar,” kata wartawan Utusan di Biro Johor Bahru, Mohd Ifqdar dalam keterangan saksinya yang difailkan di mahkamah hari ini.

Awalnya dalam kenyataan sama yang ditulis dalam bahasa Melayu, Ifqdar berkata penerbit akhbarnya tidak mempunyai sebarang niat jahat dalam penerbitannya, sambil menambah tidak meminda atau menambah fakta dalam laporannya ke atas komen Twitter Nizar.

“Saya mahu katakan Utusan Melayu tidak pernah mempunyai niat jahat dalam penerbitan kami. Saya percaya tiada sebarang tambahan fakta atau pindaan fakta dalam artikel itu,” kata beliau dalam kenyataannya, serta menambah laporan tersebut ditulis dengan penuh keikhlasan untuk memberitahu kepada pembaca surat khabar.

Semasa soal balas, Ifqdar tidak bersetuju dengan peguam Nizar, Mohd Fitri Asmuni apabila mencadangkan wartawan tersebut tidak mendapatkan pengesahan Nizar kerana terdapat niat jahat atau tujuan untuk “memutar-belit” laporan berita tersebut.

Semasa awal perbicaraan, wartawan tersebut mengakui tidak mendapatkan pengesahan Nizar terhadap laporan berita yang diterbikan pada 30 Mei tahun lalu itu.

Apabila peguam Nizam menyoalnya tentang pemilihan perkataan dalam laporan itu, Ifqdar beberapa kali tidak bersetuju dengan mengatakan beliau menokok tambah terhadap komen Twitter Nizar.

Semasa periksa semula, peguam Utusan Datuk Firoz Hussein Jamaluddin bertanya sama ada terdapat mana-mana arahan diberikan kepada Ifqdar untuk memutarbelitkan laporan berita itu.

“Tiada siapa yang telah memberikan arahan kepada saya untuk memutar belitkan berita ini,” jawab Ifqdar, dimana dalam semua keterangannya hari ini tidak bersetuju dengan cadangan bahawa laporannya tidak adil dan tidak benar.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Rosnaini Saub akan bersambung semula pada 7 Jun, dengan peguam dari kedua-dua pihak dijangka akan mengemukakan permohonan mereka di mahkamah.

 

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Comments

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi