Bahasa

PAS Pusat: Tidak ada perpecahan di Kedah

Oleh Zurairi AR
February 21, 2013
Latest Update: February 22, 2013 12:50 am

KUALA LUMPUR, 21 Feb — PAS menafikan terdapat perpecahan antara ahli di Kedah mengenai kerusi Menteri Besar, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

Mustafa ditanya mengenai isu ini selepas terdapat laporan bahawa 11 dari 15 cawangan PAS di negeri tersebut mahu Datuk Seri Azizan Abdul Razak meletak jawatan dari kerusi menteri besar.

“Apa masalahnya (di Kedah)? ... Itu suratkhabar siar, saya pun tak dengar,” kata Mustafa (gambar) dalam sidang media di ibu pejabat parti hari ini. 

Setiausaha agung PAS itu mendakwa beliau hanya mendengar tuduhan terdapat perselisihan antara cawangan-cawangan di Kedah dan Azizan dari berita.

Beliau juga enggan memberi komen tentang calon yang sesuai memimpin Kedah sekiranya Azizan tidak mendapat sokongan akar umbi.

“Tak berbangkit soal tu ... Azizan masih mendapat kepercayaan sehingga ini,” katanya lagi.

"Kita yakin dan percaya rakyat akan terus memberi kepercayaan, khususnya kalau media berlaku adil," kata Abdul Hadi.

Beberapa akhbar melaporkan hari ini mendakwa cawangan PAS Kedah menolak Azizan kerana gagal mentadbir negeri secara efektif dan menuntut beliau meletak jawatan selaku pesuruhjaya PAS negeri Kedah.

PAS juga menafikan Majlis Syura membuang beberapa nama dari senarai calon parti Islam itu, mendakwa laporan tersebut "tidak tepat".

"Saya ustaz Zawawi, dia tak cakap macam itu lah," kata Mustafa, merujuk kepada setiausaha Majlis Syura Datuk Nik Muhamad Zawawi Nik Salleh.

Sinar Harian melaporkan semalam majlis tersebut membuang beberapa nama calon yang dicadangkan untuk pilihan raya 2013 untuk parti Pakatan Rakyat (PR) kerana bimbang mereka lompat parti apabila dipilih.

Akhbar berbahasa Melayu itu dilaporkan memetik Zawawi sebagai berkata calon yang dibuang dari senarai kerana bimbang mereka akan melompat parti apabila dipilih, berdasarkan peristiwa lompat parti selepas pilihan raya 2008, menyebabkan Perak jatuh ke tangan Barisan Nasional (BN).

Menurut Mustafa, Zawawi hanya menyebut karektor yang dikehendaki PAS sebagai calon, iaitu mampu membawa imej parti dan berjuang sama ada menang atau kalah dalam pilihan raya.

"Biasanya ... Kalau ada pun seorang dua, tapi setakat ni takde nama pun yang ditolak," kata Mustafa lagi.

 

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Comments

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi