Bahasa

Timbul persoalan insiden bunuh diri 3 beranak di Pengerang

Oleh Debra Chong
Penolong Pengarang Berita

January 02, 2013

Penduduk Pengerang membawa potret mendiang keluarga mereka sebagai tanda bantahan terhadap projek RAPID. — Gambar failPenduduk Pengerang membawa potret mendiang keluarga mereka sebagai tanda bantahan terhadap projek RAPID. — Gambar failKUALA LUMPUR, 2 Jan — Insiden kematian tiga beranak di Pengerang, Johor akibat membunuh diri menimbulkan persoalan dikalangan rakyat sama ada kematian mereka disebabkan pembangunan projek kontroversi, Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) yang bernilai RM60 bilion.

Dalam satu kenyataan hari ini, Gabungan NGO Pengerang (GNP) yang berjuang menentang projek tersebut berkata kematian tiga beranak itu, dengan nama keluarga Pang, disebabkan tekanan yang bakal menyebabkan mereka kehilangan rumah tanpa pampasan yang sewajarnya.

“GNP sangat sedih dengan tragedi yang melanda keluarga miskin itu yang gagal mengawal tekanan hidup, disebabkan pengambilan tanah oleh pemaju dan akhirnya membunuh diri.

“Kami juga menggesa kerajaan melihat perkara yang berlaku, dikhuatiri akan berlaku lebih banyak tregedi di Pengerang,” kata Bendaharinya, Chua Peng Sin, dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, beliau dimaklumkan saudara terdekat keluarga itu telah menerima notis makluman bahawa rumah yang didudukinya akan diambil RAPID dan mereka hanya akan menerima wang pampasan RM20,000 kerana rumah itu dibina di atas tanah orang lain.

“Selepas Pang menerima surat pengambilan tanah itu, dia ada meminta bantuan kerajaan pemerintah, malah sudah memaklumkan dia akan membunuh diri,” kata Chua.

Akhbar berbahasa Cina hari ini melaporkan satu keluarga Cina dengan nama keluarga Pang, dianggarkan berusia lewat 60 an dan isterinya berusia 57 tahun, bersama anak lelaki mereka, 20 meninggal dunia akibat terhidu asap di kediaman mereka di Kampung Jawa, sebuah kampung yang terlibat dengan pembangunan projek RAPID.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Che Mahazan Che Aik berkata polis dimaklumkan mengenai kejadian itu pada 10 pagi dan sepasukan anggota bergegas ke tempat kejadian.

“Terdapat bau asap di dalam rumah itu dan kita percaya sesuatu telah dibakar di dalam bilik itu bagi tujuan melemaskan diri,” katanya.

Mayat mereka ditemui kakak ipar Pang ketika hendak melawat mereka semalam, dan mendapati tingkap rumah mereka ditutup.

Melalui kenyataan saudara terdekat, akhbar itu turut melaporkan suami tersebut sudah beberapa kali cuba untuk membunuh diri.

Mayat ketiga-tiga mereka dijangka akan diserahkan kepada keluarga dan akan disemadikan tiga hari kemudian.

Pembangunan projek RAPID turut meliputi kawasan beberapa kampung tradisi termasuk Kampung Sungai Kapal, Kampung Teluk Empang, Kampung Langkah Baik, Kampung Sebong, Kampung Batu Mas, Kampung Jawa dan Kampung Sungai Buntu.

Projek RAPID dijangkan akan meliputi kawasan seluas lebih 6424 ekar untuk pembangunan Projek Kompleks Bersepadu Pembangunan Pengerang (PIPC) seluas 22.500 ekar, di selatan Johor.

Projek yang menelan belanja RM170 bilion itu dijangka akan menjadikan Malaysia sebagai hab petrokimia mega dunia.

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Comments

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi