Bahasa

Tun Abdul Razak bapa yang sangat penyayang, kata Najib

January 16, 2013

KUALA LUMPUR, 16 Jan — Perdana menteri menyifatkan Allahyarham bapanya, Tun Abdul Razak Hussein, sebagai seorang yang sangat penyayang.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sifat penyayang itulah yang mendorong beliau menjadikan bapanya sebagai idola sejak kecil.  

“Isnin lalu genaplah 37 tahun pemergian arwah ayahanda. Saya masih teringat kenangan bersama arwah sepanjang hayatnya. 

“Arwah adalah seorang bapa yang sangat penyayang dan sebab itulah saya menjadikannya sebagai idola saya sejak kecil lagi. Al-Fatihah kepada arwah, semoga rohnya ditempatkan bersama orang yang beriman,” katanya dalam entri terbaharu beliau di laman Facebook hari ini.

Allahyarham Tun Abdul Razak, perdana menteri Malaysia kedua, meninggal dunia pada 14 Jan 1976 di London kerana penyakit leukemia pada usia 53 tahun. — Bernama 

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Comments

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi