7-day Archive: 
The Malaysian Insider

Bahasa

Umat Islam sambut Aidilfitri, 1 Syawal esok

August 29, 2011

Penjual sibuk menyediakan lemang untuk sambutan Hari Raya di Kuala Lumpur, 28 Ogos 2011. — Gambar oleh Choo Choy May
KUALA LUMPUR, 29 Ogos — Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidilfitri esok, demikian diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad malam ini.

Keputusan diumumkan selepas melihat anak bulan Syawal di 30 lokasi yang ditetapkan, hari ini.

Kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja minggu lalu menyebut Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Aidilfitri adalah berdasarkan rukyah dan hisab.

Umat Islam negara ini berpuasa bermula 1 Ogos lalu.