Bahasa

Untuk mempertahankan ibukota, Anwar rayu undi kelas pekerja melawan kelas elit

Anwar berkata kebanyakkan permit teksi dikuasai oleh kroni kepada Barisan Nasional. – Gambar oleh Saw Siow FengAnwar berkata kebanyakkan permit teksi dikuasai oleh kroni kepada Barisan Nasional. – Gambar oleh Saw Siow Feng

Ketua pembangkang itu memberitahu hadirin yang berkumpul dalam hujan di padang bolasepak Bandar Tun Razak di sini kebanyakkan permit teksi dikuasai oleh kroni kepada musuhnya, Barisan Nasional (BN).

“Jika kamu terus mengundi Umno, MCA, Gerakan kamu memberi permit kepada kroni,” kata beliau dalam majlis pengumuman calon partinya untuk Wilayah Persekutuan di sini.

“Akan tetapi di bawah Pakatan, kami akan pastikan mereka yang menerima permit adalah mereka yang membawa teksi itu sendiri.. kami boleh beri kepada ketua bahagian Umno hanya jika dia memandu teksi. Jika tidak kami akan rampas balik. Ini adalah satu-satunya cara untuk mengajar orang seperti ini”.

Sokongan kelas pekerja penting untuk PR mempertahankan kerusi di ibukota yang mereka menangi tujuh daripada lapan kerusi yang dipertandingkan dalam Pilihan Raya 2008.

Perlumbaan untuk mendapatkan sokongan demografi ini tegang dengan BN dilihat lebih mendahului dengan inisiatif seperti pemberian RM500 di bawah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak telah berjanji untuk menjadikan BR1M sebagai satu program tetap jika gabungan pemerintah itu menang dengan mandat lebih besar dan jumlahnya akan dinaikkan kepada RM1,200 dari RM500.

BN juga telah menjanjikan permit teksi individu.

Anwar mengatakan janji tersebut sebagai satu pembohongan dan menuduh BN mencuri idea PR. Beliau memberi amaran kepada pengundi agar tidak mempercayai kerajaan yang hanya aktif membantu golongan miskin apabila pilihan raya hampir.

“Selepas beliau melancarkan manifesto terdapat akujanji. Jika saya yang buat akujanji ok lah saya bukan kerajaan tetapi kamu adalah perdana menteri. Mengapa kamu buat janji? Buat terus lah,” katanya.

Laporan dari Bloomberg baru-baru ini mencadangkan kekalahan teruk BN dalam pilihan raya umum 2008 iadalah kerana kos sara hidup yang melambung tinggi disebabkan oleh peningkatan harga bahan api global.

Anwar dan PR menggunakan isu itu sebagai bahan kempen dan seringkali memberitahu tentang perbezaan pendapatan segelintir golongan elit dan majoriti orang ramai dalam setiap ceramah dikawasan bandar termasuk malam tadi.

“Terdapat jarak diantara pemimpin Barisan Nasional (BN) dan rakyat yang menderita di bawah.

“40 peratus daripada rakyat seluruh negara mendapat RM1,400 sebulan sementara segelintir elit mengawal kekayaan negara,” katanya merujuk kepada kekayaan ahli perniagaan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

PKR telah mengatakan keluasan kepentingan perniagaan Syed Mokhtar dari gula sehingga syarikat indeks akan menjadi topik utama dalam kempen pilihan raya PR, memberi petunjuk siapa yang bakal menjadi sasaran PR jika mereka menang Pilihan Raya 2013.

Ahli perniagaan logistik itu menjadi sasaran Anwar dalam setiap ceramahnya sejak beberapa bulan lalu dimana ketua umum PKR itu memberikan penjelasan mengenai pengaruh kuat Syed Mokhtar dan bagaimana ianya boleh memberi kesan kepada ekonomi negara.

Penganalisis percaya, taktik ini akan memberikan kelebihan kepada pembangkang terutamanya di kawasan pengundi bandar.

Kedua-dua pihak telah mengeluarkan manifesto mereka yang bersifat sederhana dimana penganalisis mengatakan ianya mensasarkan golongan berpendapatan rendah dan pertengahan, kunci utama yang boleh memberikan kelebihan kepada mana-mana pihak dalam Pilihan Raya 2013.

Comments

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.