Bahasa

Video seks: Mustafa Ali enggan ulas, serah kepada peguam

KUALA LUMPUR, 12 April — Ekoran penyebaran video lucah di laman-laman blog pro Umno yang didakwa melibatkan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, beliau hari ini mengeluarkan kenyataan ringkas untuk tidak mengulas perkara itu.

Sebaliknya ahli politik veteran PAS itu mengesahkan telah menyerahkan perkara itu kepada peguamnya untuk diselesaikan.

“Saya tidak akan menjawab sebarang petanyaan mengenai isu yang diperkatakan. Semuanya saya telah serahkan kepada peguam saya melalui Awi & Co untuk uruskan,” katanya dalam kenyataan yang boleh diperolehi di laman Harakahdaily.

Sejak petang semalam, arena politik tanah air digemparkan dengan penyebaran vido lucah berkenaan yang memaparkan seorang lelaki bersama seorang wanita dalam keadaan intim melakukan hubungan seks di dalam sebuah bilik, serta direkodkan pada satu sudut mengadap pasangan tersebut.

Pemimpin PAS yang dihubungi The Malaysian Insider walau bagaimanapun menolak pendedahan video seks terbaru berkenaan, sebaliknya mahu memberikan tumpuan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), apabila mendakwa vide berkenaan adalah “palsu” dan “taktik kotor” oleh parti lawan menjelang pilihan raya.

Naib Presiden PAS Husam Musa mendakwa video tersebut mungkin palsu, sambil mempersoalkan masa video seks itu dikeluarkan hampir dengan hari penamaan calon pada 20 April dan hari mengundi pada 5 Mei.

“Masa ia dikeluarkan sangat dekat, berkemungkinan juga ia bermotifkan politik,” kata Husam kepada pemberita semasa ditemui di Putrajaya hari ini.

Walaubagaimanapun, Husam berkata fokus Pakatan Rakyat (PR) adalah untuk menang Pilihan Raya 2013 dan tidak akan menghiraukan isu terpinggir itu.

Sementara laporan akhbar The Star pula menyebut pihak polis Terengganu telah merampas 16 VCD mengandungi video yang disebarkan oleh beberapa individu tidak dikenali namun tiada sebarang tangkapan dibuat.

Sebelum ini, laman blog; www.papagomo.com, juga telah mendedahkan satu video seks menyerupai Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pengendalinya, Wan Muhammad Azri Wan Deris, 30 telah disaman sebanyak RM100 juta.

Pilihan raya umum telah disahkan akan dilaksanakan pada 5 Mei depan dengan 20 April ini adalah hari penamaan calon dan parti politik mempunyai tempoh 15 hari untuk berkempen.

Comments

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.