Bahasa

Video seks: PDRM dapatkan khidmat pakar Amerika

May 13, 2011

Memetik sumber, Utusan Malaysia melaporkan khidmat pakar AS diperlukan untuk mengukuhkan lagi bukti-bukti dalam siasatan kes rakaman video tersebut.Memetik sumber, Utusan Malaysia melaporkan khidmat pakar AS diperlukan untuk mengukuhkan lagi bukti-bukti dalam siasatan kes rakaman video tersebut.KUALA LUMPUR, 13 Mei — Polis Malaysia mendapatkan khidmat pakar pengimejan video di Amerika Syarikat (AS) bagi membantu siasatan rakaman video seks yang didakwa mirip Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Memetik sumber, Utusan Malaysia melaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menghantar rakaman video tersebut untuk dianalisis oleh pakar pengimejan video.

Kata laporan itu, khidmat pakar AS diperlukan untuk mengukuhkan lagi bukti-bukti dalam siasatan kes rakaman video tersebut.

“Analisis terhadap rakaman video yang dilakukan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan pakar pengimejan video dari Korea Selatan sebelum ini mengesahkan ia adalah asli.

“Namun, ketepatan rakaman video itu perlu disokong lagi dan sebab itu kita menghantar ia untuk analisis bagi kali ketiga ke AS,” kata laporan itu.

Malah menurut laporan itu, proses menganalisis rakaman video terbabit kini sudah selesai dan keputusannya dijangka diketahui sebaik sahaja pasukan khas yang dihantar ke AS tiba di tanah air, dipercayai semalam.

Sumber berkata, hasil analisis terbaru yang diperoleh akan digunakan untuk melengkapkan siasatan kes berkenaan dan menentukan tindakan lanjut yang akan diambil selepas ini.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, siasatan kes rakaman video seks tersebut berjalan lancar.

“Semua pihak perlu menunggu dengan sabar kerana siasatan sedang dijalankan dan proses ini mengambil masa dan mengambil kira banyak perkara,” ujarnya.

Sebelum ini, hasil ujian biometrik yang dijalankan sebuah agensi penyiaran terkemuka Korea Selatan mendapati, lelaki di dalam rakaman video seks itu sepadan dengan Anwar berdasarkan perincian saiz tubuh.

Anwar telah pun menafikan lelaki yang dimaksudkan adalah beliau.

Rakaman video seks itu dipertontonkan kepada umum pada 21 Mac lalu oleh “Datuk T”.

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Comments

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi