Bahasa

Wan Azizah sahkan bertanding DUN

TERKINI @ 06:49:25 PM 10-07-2012

Oleh Amin Iskandar
July 10, 2012

PETALING JAYA, 10 Julai — Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, mengesahkan bakal bertanding kerusi DUN dalam pilihan raya umum ke 13 nanti.

Ketika ditanya selepas sidang akhbar mingguan mengenai jenayah, Dr Wan Azizah (gambar) mengatakan beliau hanya layak bertanding di kerusi DUN di mana beliau bakal mengundi.

“Saya hanya boleh bertanding di kerusi DUN dimana saya mendaftar sebagai pengundi,” kata bekas ahli parlimen Permatang Pauh itu.

Dr Wan Azizah meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen Permatang Pauh pada Ogos 2008 — memberikan laluan kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding sekaligus menggantikan tempatnya sebagai Ketua Pembangkang.

“Langkah pertama perlu kenalpasti kawasan, kemudian pastikan kemenangan dan selepas itu baru putuskan sama ada akan ikut terbabit dalam pentadbiran negeri atau tidak,” kata Dr Wan Azizah ketika ditanya mengenai khabar angin beliau bakal dihantar oleh PKR untuk membantu negeri jika PR menang.

Sumber dalaman PKR mengatakan, Dr Wan Azizah adalah pengundi di negeri Selangor.

“Tidak pernah keluar gambar Kak Wan mengundi di Permatang Pauh sewaktu menjadi ahli parlimen dahulu,” kata sumber itu lagi.

“Jadi beliau mungkin akan bertanding di kerusi DUN negeri Selangor dan jika menang bakal menjadi Exco untuk membantu pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim.”

Bicara web

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi