Warga Nigeria dihukum gantung kerana mengedar dadah
ALOR SETAR, 14 Mei — Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Mohd Zaki Abdul Wahab telah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap James Kamara, 23, seorang lelaki warganegara Nigeria pada hari ini.
James, seorang penuntut di sebuah institusi pengajian tinggi swasta di Kuala Lumpur, didakwa dan didapati bersalah kerana mengedar dadah jenis kanabis seberat 18,810g di Terminal Bas Shahab Perdana di sini, pada pukul 9.05 malam 13 September 2010.
Tertuduh telah didakwa mengikut Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. — Bernama




