Bahasa

Wong Ho Leng tidak pertahan kerusi Parlimen Subu pada PRU-13

February 23, 2013

SIBU, 23 Feb — Anggota Parlimen Sibu Wong Ho Leng tidak akan mempertahankan kerusi parlimen itu pada pilihan raya umum ke-13. Ketika mengumumkan keputusannya itu di sini hari ini, Wong berkata ini berdasarkan nasihat doktor susulan rawatan tumor otak yang diterimanya di Mount Elizabeth Hospital di Singapura.

"Saya membuat keputusan ini berikutan nasihat doktor bahawa saya perlu berehat sepenuhnya selepas selesai menjalani rawatan radioterapi dan kemoterapi selama enam minggu," katanya. Wong, 54, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Bukit Assek dan pengerusi DAP negeri, berkata beliau telahpun memaklumkan keputusannya itu kepada Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Katanya, beliau turut memberitahu Lim mengenai pemilihan calon bagi pilihan raya umum akan datang yang akan dimuktamadkan oleh jawatankuasa pemilihan parti di Kuching esok.

Seorang pakar bedah neuro Australia menemui glicoma (tumor otak) dalam pangkal otak semasa melakukan pemeriksaan perubatan ke atas Wong di Gold Coast pada 20 Dis tahun lepas.

Wong memenangi kerusi Parlimen Sibu pada 16 Mei 2010 dalam pilihan raya kecil berikutan kematian penyandangnya, Datuk Robert Lau Hoi Chew, yang juga timbalan menteri pengangkutan. — Bernama

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Comments

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi