Bahasa

Xenophon beri amaran kemungkinan berlakunya penipuan dalam PRU13

KUALA LUMPUR, 5 Mei — Senator Australia Nick Xenophon percaya terdapat “momentum jelas” untuk perubahan di Malaysia tetapi memberikan amaran terdapat kemungkinan berlakunya penipuan dalam pilihan raya umum hari ini.

Agensi berita Australia AAP melaporkan senator dari Australia Selatan itu mengatakan terdapat “momentum jelas” untuk perubahan kerajaan tetapi beliau mempunyai kebimbangan.

“Pilihan raya boleh dicuri secara teratur kerana penipuan pilihan raya meluas, amalan persempadanan semula kawasan pilihan raya,” kata beliau kepada Sky News pada Ahad.

Xenophon telah dihantar pulang kerana dianggap sebagai ancaman kepada keselamatan negara apabila beliau tiba di sini Febuari lepas sebagai sebahagian daripada delegasi parlimen tidak rasmi untuk mengkaji sistem pilihan raya negara.

Beliau masih dalam senarai hitam untuk memasuki Malaysia.

Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) telah bercakap mengenai kemungkinan penipuan dengan pengundi dan warga asing didakwa sedang bergerak untuk mengundi di seluruh negara. Beberapa aktivis telah menunjukkan bukti video pergerakan itu tetapi polis menolak kebimbangan tersebut.

PR berharap untuk mengalahkan Barisan Nasional (BN) yang telah memerintah selama 57 tahun, semenjak gabungan asal Perikatan menang pilihan raya 1955, dua tahun sebelum Merdeka.

Sejumlah 12.9 juta daripada 13.3 juta pengundi akan mengundi hari ini untuk 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Selebihnya merupakan pengundian awal dan undi pos.

Tinjauan terbaru menunjukkan kedua-dua gabungan bertarung sengit untuk menang pilihan raya umum.

 

Comments

Please note that you must sign up with disqus.com before commenting. And, please refrain from comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature and note that comments can be edited, rewritten for clarity or to avoid questionable issues. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments