Bahasa

Zulkifli menipu dalam permohonan maafnya, kata DAPSY P. Pinang

Oleh Md Izwan
April 02, 2013

Menurut Satees lagi, Zulkifli tidak memahami tentang ajaran agama Islam. - Gambar failMenurut Satees lagi, Zulkifli tidak memahami tentang ajaran agama Islam. - Gambar failKUALA LUMPUR, 2 April — Datuk Zulkifli Nordin didakwa menipu dalam permohonan maafnya malahan cubaan menyabitkan parti Pakatan Rakyat (PR) adalah perbuatan tidak bertanggungjawab, kata DAPSY  Pulau Pinang.

Dalam satu kenyataan media hari ini, penolong setiausaha sayap pemuda DAP negeri Pulau Pinang Satees Muniandy menyelar Zulkifli sebagai menipu apabila dalam permohonan maafnya mengatakan mengeluarkan kata-kata penghinaan tersebut semasa berada dalam PAS.

“Saya tidak terkejut, Zulkifli Nordin, MP Kulim Bandar Bahru memilih untuk menipu dalam permohonan maafnya,” kata Satees.

“Dia jelas cuba menyalahkan PAS atas kebodohannya ketika membuat kenyataan menghina tersebut,” tambah beliau.

Malahan Satees berkata keraguan kejujuran terhadap permohonan maaf Zulkifli apabila tidak menyedari tentang kesilapannya, bahkan menurut laporan media cuba mengelirukan orang ramai khususnya penganut agama Hindu.

“Zulkifli mengatakan kata-katanya ‘Itu Murugan tongkat 14 tingkat’ dan ‘Tuhan Murugan yang pegang tongkat macam di Batu Caves tu’ adalah pada 10 tahun lalu, tetapi sebenarnya Patung Murugan itu diperkenalkan semasa sambutan Thaipusam pada 2006.

“Jadi, jelas dalam kenyataannya beliau berbohong. MIC mungkin menerima permohonan maafnya tetapi tidak masyarakat India-Hindu,” tegas Satees.

Menurut Satees lagi, bekas pemimpin PKR tersebut sebagai seorang yang tidak memahami tentang ajaran agama Islam malahan tokoh utama PAS Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat sendiri tidak pernah menghina agama dan kepercayaan lain.

“Saya tidak pernah dengan Tok Guru Nik Aziz menghina agama dan kepercayaan orang lain... ia bukan Islam yang PAS percayai.

“Ia adalah amalan mereka seperti Zul Nordin dan Perkasa yang suka menghina agama dan kepercayaan orang lain,” ujarnya lagi.

Sehubungan itu, Satees menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan segera dan mendakwa Zulkifli, kegagalannya melaksanakan tanggungjawab hanya akan menunjukkan pihak polis sebagai sebuah agensi yang tidak telus dan profesional.

Semalam Zulkifli mengakui pernah membuat membuat ucapan yang dikaitkan dengan penghinaan terhadap agama Hindu tetapi menjelaskan ucapan itu dibuat 10 tahun lalu ketika beliau berada dalam parti PAS.

Beliau yang mengakui kesilapannya itu dan memohon maaf kepada masyarakat Hindu di negara ini.

Pada PRU-12, Zulkifli menang di kerusi Parlimen Kulim/Bandar Baharu sebagai calon PKR tetapi kemudian menjadi anggota Parlimen Bebas.

 

 

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Comments

InfoNiaga Terkini PR Newswire

Lagi