Kota Siputeh: Permohonan SPR tangguh kekosongan diputus Isnin

KUALA LUMPUR, Nov 20 - Mahkamah Tinggi akan membuat keputusan Isnin ini berhubung permohonan penangguhan yang difailkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terhadap keputusannya mengisytiharkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh, Kedah sebagai kosong.

Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin menetapkan tarikh itu selepas mendengar penghujahan panjang lebar daripada Peguam Kanan Persekutuan Datuk Kamaluddin Md Said, yang mewakili SPR dan Sulaiman Abdullah, peguam bagi Speaker DUN Kedah Datuk Dr Abdul Isa Ismail.

Read more...

Najib cadang formula selesai krisis MCA


KUANTAN, 20 Nov — Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau telah mencadangkan formula bagi menyelesaikan krisis MCA selepas mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin utama parti itu sejak semalam.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata pemimpin MCA sedang menimbangkan cadangan yang beliau berikan dan yakin mereka akan bersetuju dengan formula dicadangkan itu.

Read more...

Husam dedah konspirasi gugur beliau dari Kabinet Kelantan

Oleh Adib Zalkapli

KUALA LUMPUR, Nov 20 ? Exco Kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa mendakwa sudah wujud konspirasi untuk menggulingkan beliau daripada pentadbiran kerajaan negeri itu.

“Terdapat usaha untuk mencetuskan perbalahan antara saya dan Tok Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan),” akui beliau kepada The Malaysian Insider hari ini.

“Saya sedar tentang kewujudan konspirasi (pihak tertentu) terhadap saya,” kata beliau lagi.

Pada Jun lalu, Husam yang dilihat sebagai ‘anak emas’ Nik Aziz, tewas dalam pertandingan merebut kerusi Timbalan Presiden PAS.

Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS disebut sedang timbang untuk menggugurkan Husam daripada Kabinet pentadbiran negeri ekoran isu Syed Azidi Syed Abdul Aziz yang dipecat sebagai Pengarah Perhubungan Korporat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) minggu lalu.

Read more...

Soal siasat saksi: SPRM akur keputusan mahkamah

PETALING JAYA, Nov 20 — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akur dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam bahawa ia tidak boleh menyoal siasat mana-mana saksi selepas waktu pejabat.

Sehubungan itu, SPRM berkata ia akan mengeluarkan satu garis panduan berhubung perkara tersebut.

Read more...

Mahkamah benarkan penduduk Bukit Gasing cabar perintah DBKL

PUTRAJAYA, Nov 20 — Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan sebuah syarikat pemaju gagal untuk menghalang 108 penduduk Bukit Gasing daripada mencabar satu perintah pembangunan daripada Datuk Bandar Kuala Lumpur berhubung projek pembangunan lereng bukit di kawasan berkenaan.

Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Paduka Zaleha Zahari dan Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus hari ini menolak rayuan DBKL dengan majoriti 2-1, manakala Hakim K N Segara pula menentang.

Dalam keputusan lisannya, Hakim Zaleha berkata selepas meneliti penghujahan daripada kedua-dua pihak, rayuan pemohon ditolak.

Read more...

Sponsored Links