Lebih 85 peratus pengundi di Manek Urai

Oleh Mohd Zuharman

KUALA KRAI, 14 Julai - Lebih 85 peratus pengundi keluar mengundi pada pilihan raya kecil (PRK) Dun Manek Urai setengah jam sebelum tempoh pusat pembuangan undi akan ditutup pada jam 5.00 petang ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof, menjangkakan 85 peratus akan keluar mengundi pada pilihan raya kecil ini.

Bagaimanapun mengikut trend pembuangan undi setakat ini peratus keluar mengundi dijangka melebihi daripada 85 peratus seperti disasarkan lebih awal oleh SPR.

Sementara itu, sumber Bilik Gerakan PAS memberitahu, PAS berjaya membawa balik 1,300 pengundi luarnya kali ini berbanding hanya 1,200 yang pulang mengundi dalam pilihan raya umum lalu.

Ekoran itu, PAS menjangkakan mereka akan menang dengan majoriti yang lebih besar kali ini. Dalam pilihan raya lalu, calon PAS Ismail Yaakub menang dengan majoriti 1,325 undi.

Sementara itu, situasi di seluruh pusat pembuangan undi berjalan lancar.

“Setakat ini proses pengundian berjalan lancar, cuma ada perang mulut antara penyokong-penyokong parti yang bertanding... tapi itu perkara biasa. Pihak polis berjaya mengawal keadaan.

“Kita harap pengundi dan penyokong akan ikut arahan SPR dan polis,” kata Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof, ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Bagaimanapun terdapat pergaduhan kecil antara kedua-dua penyokong di pusat pembuangan undi Sungai Peria.

Jumlah keseluruhan pemilih Dun Manek Urai ialah 12,293 termasuk pengundi pos 25.

SPR menetapkan tarikh pengundian hari ini dengan 27 saluran merangkumi sembilan unit pembuangan undi (UPU).

Penjumlahan undi akan dibuat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai.

Sementara itu keputusan penuh rasmi PRK Dun Manek Urai dapat diketahui seawal-awalnya pada jam 8.00 malam ini.

Comments (0)Add Comment

Write comment

busy
 

Sponsored Links