KUALA LUMPUR, Ogos 29 — Setelah sekian lama Utusan Malaysia mengasak isu perkauman, akhirnya lahirlah apa yang berlaku di Shah Alam selepas sembahyang Jumaat semalam, apabila sekumpulan umat Melayu membawa kepala lembu ke pejabat SUK Selangor.
Anggota Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkifli Ahmad menyifatkan apa yang berlaku itu adalah penerusan dari siri-siri laporan dan tulisan dari akhbar berkenaan yang bersifat berkauman.
Bagi beliau, apa yang berlaku juga akibat dari pengaruh akhbar Umno itu terhadap pembaca mereka khasnya di kalangan ahli Umno yang memiliki akhbar berkenaan.
Dr Dzul mengulas tindakan sekumpulan yang memperkenalkan diri mereka sebagai penduduk Seksyen 23 Shah Alam yang membantah keputusan kerajaan negeri memindahkan sebuah kuil Hindu di Seksyen 19 ke Seksyen 23, kawasan kejiranan mereka.
Mereka telah membuat demostrasi dengan membawa kepala lembu yang masih berdarah dan diletak di depan pintu pagar pejabat Sultan Salahudin yang menempatkan pejabat SUK dan MB Selangor.
Tindakan mereka ini dikira satu penghinaan kepada orang Hindu yang menjadikan lembu sebagai tuhan mereka.
Seorang pembaca The Malaysian Insider menyifatkan langkah ini bertentangan dengan Islam kerana Islam melarang mana-mana umatnya menghina tuhan-tuhan orang lain kerana dibimbangi mereka akan membalasnya dengan menghina tuhan orang Islam iaitu Allah.
Bagi Dr Dzul yang juga AJK PAS Pusat, mereka hanya menyambung apa yang telah disiar dan ditulis dalam akhbar mereka sahaja.
Sejak kebelakangan ini, akhbar berkenaan banyak menyiarkan tulisan yang disifatkan sebagai bersifat perkauman dan dilihat cuba membangkitkan semangat Melayu.
Antaranya tulisan bertajuk "Sedarlahh wahai Melayu" dan sebagainya. Penulis akhbar itu membayangkan seolah-olah Melayu dalam tertekan. Padahal, bagi kebanyakan pemimpin Pakatan, bukan Melayu yang tertekan tetapi Umno.
Atas sebab itulah pelbagai usaha dibuat untuk menarik PAS bersama mereka atas kepentingan Melayu dan Islam. Namun, ianya ditolak oleh PAS.
Sebahagian penyokong dan ahli PAS juga dikatakan ada yang terpengaruh dengan pendekatan perkauman dan agama sempit di Seksyen 23 Shah Alam ini. Atas dasar itulah juga dikatakan ada yang mengaku ahli PAS menyokong tindakan itu.
Sebelum ini, anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad memaklumkan, pihaknya akan membuat dialog dengan penduduk Seksyen 23 tentang rancangan kerajaan negeri Selangor itu.
Menurutnya, apa yang berlaku adalah, Kuil Mariaman di Seksyen 19 itu dibina di atas tanah PKNS berhampiran dengan rumah penduduk di situ. Ia menyebabkan sering berlaku kesesakan di situ dan menyusahkan banyak pihak.
"Mereka telah 25 tahun membuat bantahan," kata Khalid.
Atas dasar itu, kerajaan negeri dengan persetujuan JK Kuil telah bersetuju memindahkan kuil itu ke seksyen 23 untuk kegunaan penganut Hindu di situ serta Seksyen 19 dan 20.
Tanah tapak industri milik PKNS di Seksyen 23 Shah Alam telah dipilih oleh kerajaan sebagai tapak baru kuil itu. Majlis Bandaraya Shah Alam juga telah bersetuju mengenainya.
"Selepas semua pihak setuju, barulah kita akan bincang dan terangkan kepada penduduk," kata Khalid yang juga YDP PAS Shah Alam.

written by badaksumbu, August 29, 2009
Mereka tergamak menulis apa saja termasuk artikel-artikel berbau perkauman utk menanam rasa kebencian dan buruk pra-sangka terhadap kaum-kaum lain.
Dgn rasa senang, utusan menyiarkan penulisan sedemikan krn mereka yakin tidak akan didakwa di bawah "Sedition Act"
written by Mohamad, August 29, 2009
Di dalam akhbar mereka hari ini (29/8), satu lagi artikel perkauman mereka oleh Salleh Majid dikeluarkan.
Bertajuk 'Apa dah jadi, tak aman lagi...'
Sungguh tidak bertanggungjawab!
written by am apopo, August 30, 2009
written by Joe Namath, August 30, 2009
Sungguh hairan, Utusan Malaysia tidak dikenakan hukuman "Sedition act". Terlalu jelas, BN sengaja membiarkan untuk menaikkan rusuhan perkauman.
written by Ivan lkc, August 30, 2009
written by oranglama, August 30, 2009
written by No Value, August 30, 2009
written by Urangsabah, August 30, 2009
Kg Baru Malaysianise Bumiputra/Malayu/Kadazan/Dusun/Murut di Sabah
written by Asam Pedas, August 30, 2009
written by bijan, August 30, 2009
written by remaung6renjer, August 30, 2009
Good luck to Najib..
Remaung6Renjer
written by SHEIKH-ALWI, August 31, 2009
siapa yang control polis, orang tu yang perlu dipertanggungjawab,
siapa yang empunya media, dia lah yang perlu disalahkan,
jangan menunjuk kearah orang lain, asyik-asyik baling batu sembunyi tangan.
polis, NGO, FRU, SPRM, SPR, Badan kerajaan abis semua digunakan.
written by prachai, August 31, 2009
written by tsa, August 31, 2009
written by SHEIKH-ALWI, August 31, 2009
written by upin, August 31, 2009
written by psiwar, August 31, 2009
written by mac, September 01, 2009
May I ask, What do you mean by " Malaysian Malaysia" and what threat or danger does it pose the multi-racial and multi religion?
Linking the cow-head action to Malaysian Malaysia is reflecting a shallow mind and "dissatisfaction" feeling toward a certain concept. Overzealously blaming it for the fracas is totally unacceptable in this multiracial Malaysia.
Defending racist articles of Utusan only shows that one is racist in nature. This person cannot accept the fact that we have been living together in this society for 52 years.
May I ask again, is building a temple a threat to any one race? If the answer is yes, tell me what are the threat? If no, than what is the fuzz?
written by cast your vote!, September 01, 2009
This time round let's open our eyes big and see what is BN is going to react! I know how I am going to react in the coming election!
written by Ravi Kumar, September 01, 2009
Wake up and face globalization and not want to depend on hand outs. I do not need to get emotional unlike some people because I can think rationally and not emotionally.
written by Kaeff, September 01, 2009
Sebaliknya sekarang adalah langsung tidak bertanggungjawab sebilangan kumpulan yang cuba mengapi-apikan sentimen perkauman. Insiden kepala lembu ini adalah merupakan suatu titik hitam yang paling buruk yang pernah berlaku di nnegara kita. Apakah yang difikirkan oleh golongan yang bodoh ini? Tidak adakah forum-forum lain yang boleh digunakan untuk memberi pandangan mereka dengan aman? Tidakkah mereka pernah membayangkan keadaan di mana ahli-ahli golongan tersebut juga mempunyai kawan-kawan dari golongan India yang akan mengujung kuil tersebut. Dan repanya, ereka adalah tidak malu sama selali dengan perbuatan yang menjijikkan tersebut apabila mereka harus berdepan dengan rakyat dari kaum-kaum lain. Apakah yang difikirkan oleh anak-anak mereka (yang tentu menpunyai kawan-kawan dari golongan kaum lain) apabila insiden ini diketahui terutama gambar-gambar mereka yang tersebar dengan kepala lembu.
Insiden sebegini tidak akan berhenti jika pihak-pihak berkuasa yang berkenaan tidak mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang bertanggungjawab mengotorkan nama baik harmoni (samada wujud atau tidak) negara kita. Kegagalan pihak berkuasa untuk mengambil tindakan atau tindakan yang tidak munasabah akan lebih memperlihatkan kerajaan yang lemah kerana tidak peduli dan memberikan perlindungan yang mencukupi kepada golongan dari kaum-kaum lain. Saya amat mempercayai dan yakin bahawa konsep 1Malaysia tidak akan membiarkan perbuatan sebegini di bawah naungan PM kami.
Rakyat besar kemungkinan akan lupa insiden ini pada masa pengudian kelak, tetapi mereka tidak akan memaafkan kerajaan yang tidak menunjukkan langkah yang adil dan saksama di dalam cara menangani isu-isu perkauaman yang tersebut di atas.
written by peace, September 01, 2009
written by mansifu, September 02, 2009
Shukur kepada Tuhan yg maha Esa,ISLAM mengajar kita menghormati agama dan bangsa lain,dah 52 thn kita Merdeka,yg muda dah jadi bapak,yg bapak dah jadi atuk,
sejak bila keadaan masyarakat kita yg penuh harmoni,bertimbang rasa dan bertolak ansur antara kaum sudah jadi dengki menbenci?
SIAPA KATA???
Orang2 yg kami sedia maklum lah siapa org2 ni lah,yg mengapi-apikan isu2 perkauman ni,yg dimana sudah pastinya,
NOT YOU AND ME,BROTHER & SISTER,SAUDARA SAUDARI SEKELIAN,
yg masih waras fikiran,masih ingat Tuhan,yg masih ingat anak cucu di masa depan,kita semua inginkan 1 masyarakat yg majmuk,harmoni dan bertolak ansur..
thank you suadara,
kesedaran dan kepintaran fikiran anda terhadap apa yg berlaku berkenaan isu racist ini akan sentiasa dirahmati ALLAH SWT......
written by William, September 02, 2009
written by KG, September 02, 2009
Pity the ignorant, they know less of what they are doing.
written by Madame Malaysia, September 03, 2009
written by yb, September 06, 2009
ehsan, kalau rumah ibadah tersebut didirikan di kawasan perumahan saya, saya akan bersetuju. Mengapa tidak? Adakah saya akan dijahanamkan Tuhan sekiranya saya dengar "bunyi-bunyi bising" ini? Sudah tentu tidak!
written by conspiracy theorist, September 06, 2009
we understand your predicament but why are the residents there avoid the temple like the plague? we have no problem with muslims building mosque in areas with non-muslims majority all these years. the temple in sec 23 is meant to be shared by a few sections in shah alam
there is a mosque near my house in my hometown, so to your question of "kalau rumah ibadah tersebut didirikan di kawasan perumahan kalian, adakaah kalian akan bersetuju dan membisu tanpa protes?" the answer is 'yes'
written by reformist101, September 06, 2009
Nampaknya komen anda disiarkan tanpa sebarang tapisan. Adakah saudara turut bertempik dan memaki hamun dalam majlis dialog pagi tadi dalam bulan Ramadan Al-Mubarak? Adakah saudara juga berarak dengan kepala lembu selepas solat Jumaat tempoh hari? Jika saudara tergolong dalam golongan tersebut, tahniah saya ucapkan. Saudara sememangnya seorang calon ahli syurga. Bakal meniti sirat sepantas kilat. Bakal mendapat syafaat nabi. Saudara bukan sahaja mendapat syafaat nabi, malah turut mendapat syafaat Ketua Polis Negara. Tahniah!
Inilah contoh yang kita mahu tunjukkan kepada anak-anak kita. Sanggup bertegang leher, sanggup membaling kerusi, sanggup mengugut untuk membunuh, asalkan tiada kuil yang dibina pada jarak 200 meter dari kawasan perumahan kita. Anak-anak kita wajib berbangga dengan keberanian saudara itu. Tahniah!
written by mamacarey, September 06, 2009
written by Alenac, September 08, 2009





Sepatutnya PR harus menyediakan sekumpulan peguam utk memantau dan menyaman segala berita berbentuk fitnah dan perkauman. Itu lah yang patut di buat bukan melaung2kan ketidakadilan laporan/berita mrk ! Mereka berani kerana mereka disokong kuat oleh..... Jadi saman mereka sehingga rakyat keadaan sebenar dan biar mrk bangkrap bisness ! Fikirlah cadangan ini utk masa depan PR.