Oleh Mohd Zuharman
KOTA BHARU, 10 Nov – Isu bai’ah wakil rakyat yang dimainkan media dicetuskan mereka yang tidak faham tentang Islam dan berunsur provokatif untuk memberi persepsi negatif kepada PAS.
Orang yang bertanggungjawab terhadap perkara ini boleh dilabelkan sebagai golongan anti-Islam, kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Beliau sendiri, kata Nik Aziz, tidak tahu-menahu bagaimana perkara itu boleh timbul sehingga ia dieksploitasikan oleh banyak pihak.
Isu bai’ah menjadi kontroversi di dalam parti politik PAS apabila sumpahnya (bai’ah) mensyaratkan talak tiga terhadap isteri sekiranya mana-mana wakil rakyat bertindak mengkhianati parti.
Nik Aziz menyifatkan golongan yang sengaja mengapi-apikan perkara tersebut sebagai tidak berilmu serta tidak pandai menggunakan pemikiran ke arah yang lebih bermanafaat dalam kehidupan masyarakat bernegara dan berpolitik.
“Perbuatan daripada mereka yang tidak ada kerja. Tidak berilmu,” katanya selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian dan peletakan batu asas bagi cadangan projek pembangunan integrasi Taman Persiaran Indah di antara Majlis Daerah Jeli dan Kelkon Sdn Bhd.
Projek yang bernilai RM45 juta itu akan dimulakan pada February 2010 dan di jangka siap sepenuhnya pada 2016.
Sementara itu, di celah-celah persoalan isu berkenaan, penulis politik tempatan mempertikaikan penggunaan bai’ah dalam struktur politik negara kerana ia memberi gambaran ketidakyakinan institusi parti terbabit terhadap kejujuran ahli-ahlinya.
“Bahkan ia bukan satu kaedah syumul dan mutlak dalam siasah politik,” kata penulis berkenaan.
Sehubungan itu, naib presiden PAS, Salahuddin Ayub, dilaporkan berkata Majlis Syura PAS tidak pernah mengeluarkan sebarang dasar berhubung perkara tersebut terhadap pemimpin-pemimpin parti.
“Secara rasminya tidak ada kenyataan atau arahan daripada Majlis Syura tentang perkara ini,” katanya.
Perkara ini juga ditegaskan oleh setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali sebelum ini.
Sebelum ini, Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa ketika bercakap di ruang legar Parlimen Malaysia berkata, isu bai’ah ini sengaja dirungkaikan oleh Umno untuk membolehkan wakil rakyat PAS melompat






Apa yang dapat saya simpulkan daripada penerangan Tok Guru berdasarkan kefahaman saya yang cetek serta pemikiran saya yang daif mengenai halatuju prestasi perjuangan PAS masakini, tidak ada amalan atau arahan bai'ah dalam PAS sepertimana yang diwarwarkan oleh orang2 tertentu. Benarkah begitu? Tetapi saya hairan, kalau tidak ada amalan ataupun arahan bai'ah dalam PAS, kenapa pula isu ini dijawab dengan nada yang nampak kesal sangat? Sehingga melabelkan orang2 yang bertanya mengenainya sebagai anti Islam? Jadi ertinya orang tak boleh bertanya. Sensitif sangatkah isu ini mengikut kepada PAS? Di kedai kopi, saya diterangkan panjang lebar oleh seorang yang bercakap sorang diri sampai orang lain tak dapat berckap. Katan orang kuat PAS yang rajin bercakap sorang diri di kedai kopi ni, bai'ah adalah sumpah orang muslim dalam sembahyang. Saya tahu mengenai bai'ah yang dimaksukannya dalam sembahyang. Tapi apa kena mengena bai'ah dalam sembahyang dengan parti politik? Itu malam kelmarin. Hari ni saya baca penerangan Tok Guru. Tak ada jawapan yang dapat dimanfaatkan selain mengatakan orang yang bangkitkan isu bai'ah dalam PAS ini adalah anti Islam. Lagi bertambah tak paham saya mendengarkan penjelasan Tok Guru.