Susilo mulakan lawatan 2 hari ke Malaysia

SEPANG, Nov 11 — Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono tiba hari ini untuk lawatan dua hari ke Malaysia, negara pertama yang dilawatinya selepas dipilih semula untuk penggal kedua pada 20 Oktober lepas.

Ketibaan beliau bersama isteri Ani Yudhoyono dan rombongannya di Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 1.35 tengah hari disambut Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek, selaku menteri pengiring.

Susilo kemudian beredar ke Bangunan Parlimen untuk sambutan rasmi sebelum mengunjungi Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara.

Esok beliau dijadual mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai isu-isu kepentingan bersama, serantau dan antarabangsa.

Susilo dijangka berlepas ke Singapura petang esok. —Bernama

Comments (0)Add Comment

Write comment

busy
 

Sponsored Links