Anwar tak tahu sangat pasal ekonomi - Mahathir

KUALA LUMPUR, Nov 16 - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak tahu sangat mengenai ekonomi.

“Bercakap memang pandai tetapi pasal ekonomi dia tak tahu,” katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai pelantikan Anwar sebagai penasihat ekonomi kerajaan Selangor dengan bayaran elaun simbolik RM1 sebulan.

Dr Mahathir berkata bahawa semasa Anwar menjadi Menteri Kewangan ketika berlaku krisis kewangan, Anwar telah menerima pakai pendekatan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) yang memburukkan lagi keadaan di negara ini.

Mengenai bayaran elaun RM1 kepada Anwar, beliau berkata: “Jika kita bayar RM1, maka nilai yang kita dapat adalah RM1.” — Bernama

 

Comments (10)Add Comment

Write comment

busy
 

Sponsored Links